[BULETIN] THIERRY HENRY BAKAL SERTAI ARSENAL SECARA PINJAMAN

Thierry Henry telah bersetuju dengan terma untuk melakukan kepulangan sensasi buat kali kedua pada Januari nanti. Penjaring gol terbanyak Arsenal sepanjang zaman dengan 228 gol bakal menyertai The Gunners secara pinjaman bermula 1 Januari 2012. Namun, Henry kini di fasa terakhir perbincangan dengan kelabnya, New York Red Bull dengan Arsene Wenger mahu mengekalkan penyerang berusia 35 tahun itu selama mungkin di Emirates.

Musim lalu, Henry menyertai Arsenal secara pinjaman selama 6 minggu sebelumĀ  dibenarkan untuk terus kekal sehingga pertengahan Februari. Bekas penyerang antarabangsa Perancis itu kini berada tahun akhir kontraknya bersama Red Bulls dengan musimĀ  bakal bermula dari Mac hingga November 2013. Henry berjaya meledak gol pertama dalam debut kedua selepas 7 minit hadir selaku pemain simpanan dalam perlawanan Piala FA membantu kemenangan 1-0 ke atas Leeds United.

Kepulangan dilihat mampu memberi impak kepada Arsenal meskipun sekadar menjaringkan 2 gol dalam 7 perlawanan berbanding dengan prestasi hebatnya bersama Arsenal suatu ketika dahulu. Penyerang berusia 35 tahun itu bakal menyertai sesi latihan bersama Arsenal pada Disember ini dan sedia diturunkan selepas Tahun Baru nanti.

Mengulas mengenai kepulangan Henry, Wenger sebelum ini berkata : “Pinjaman (Henry) masih berkemungkinan tetapi kami masih cuba mengukuhkan skuad untuk tempoh masa panjang.”

“Henry memiliki bakat yang diimpikan oleh semua. Dia memiliki kemampuan fizikal yang hebat, kemahiran yang luar biasa serta kebijaksanaan yang terbaik menjadikan dia seorang pemain yang benar-benar hebat.”

“Pada permulaannya, dia tidak benar-benar yakin tetapi dia berjaya membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi seorang pemain yang hebat.”

Kehadiran Henry dilihat mampu menyelesaikan masalah ketumpulan di bahagian serangan Arsenal untuk sementara waktu dengan Wenger masih mengintai pembelian penyerang baru untuk perancangan jangka masa panjang pada Januari nanti. The Gunners turut bakal kehilangan Gervinho yang bakal menyertai Kejohanan Negara-Negara Afrika sementara masa depan Theo Walcott di Emirates masih tidak menentu.

Di sebalik kariernya yang kini berada di penghujung, namun Henry masih membuktikan kemampuannya untuk menjadi seorang penyerang yang digeruni dengan menjaringkan 15 gol dalam 29 perlawanan dalam saingan Major League Soccer musim lalu sekaligus dicalonkan sebagai antara 3 Pemain Paling Bernilai Tahunan MLS.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply