[BULETIN] THEO WALCOTT PEMAIN TERBAIK BULANAN NOVEMBER

Theo Walcott sekali lagi dipilih selaku Pemain Terbaik Bulanan EA Sports bagi bulan November. Pemain sayap antarabangsa England berusia 23 tahun ini cemerlang meledakan 3 gol dalam 6 penampilan bersama The Gunners sepanjang bulan lalu. Walcott turut muncul selaku penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan 10 gol dalam semua kejohanan setakat ini.

Meskipun masa depan Walcott di Emirates masih dalam tanda tanya namun ini tidak menghalangnya daripada terus mempamerkan persembahan yang mantap bersama Arsenal. Walcott berjaya menaringkan 1 gol ketika Arsenal diikat seri 2-2 dengan Schalke 04 di Veltins Arena dan turut meledak 1 gol ketika The Gunners membelasah Spurs di Emirates pada 17 November yang lalu. Pemain sayap ini turut menjaringkan gol pantas seawal minit pertama perlawanan menentang Everton di Goodison Park minggu lalu.

Anak kelahiran Stanmore, England iniĀ  berjaya memperolehi 35.4% undian mengatasi Olivier Giroud yang mendapat 23.6% di tempat kedua. Perancang kreatif Arsenal, Santi Cazorla pula menduduki tempat ketiga dengan 13.6%. Pemilihan ini berdasarkan undian yang dilakukan penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman web rasmi www.arsenal.com.

Sementara, gol cantik Lukas Podolski menerusi satu sepakan volley ketika menentang Montpellier diundi selaku Gol Terbaik Bulan November oleh penyokong-penyokong Arsenal. Jaringan penyerang Jerman itu berjaya memperolehi 81% undian mengatasi jaringan cantik Santi Cazorla ketika menentang Manchester United pada 3 November lalu manakalan gol menerusi tandukan cantik Per Mertesacker menduduki tempat ketiga.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply