[BULETIN] PERLAWANAN BOXING DAY ARSENAL DITANGGUHKAN

Pertembungan London Derby antara Arsenal dan West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada perlawanan Boxing Day ditangguhkan kerana mogok perindustrian yang dijangka akan dilakukan pekerja kereta api bawah tanah. Pemandu kereta api London Underground dijangka melancarkan mogok sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 26 Disember ini.

Tindakan anggota kesatuan pekerja Aslef itu mampu mencetus kekecohan perjalanan di ibu negara itu dan Gunners memutuskan untuk menangguhkan perlawanan di Stadium Emirates, mengambil kira kepentingan kedua-dua penyokong kelab itu.

“Berikutan cadangan mogok dan tindakan industri di London Underground pada Hari Boxing, perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal menentang West Ham United di Stadium Emirates yang asalnya dijadualkan pada Rabu (26 Disember) ditangguhkan,” menurut sumber lawan web rasmi Arsenal.com.

“Keputusan ini diambil sekarang, kerana tempoh persiapan diperlukan bagi menjaga keselamatan Stadium Emirates oleh semua agensi terbabit.”

“Kami amat mengambil berat keselamatan penyokong Arsenal, begitu juga penyokong West Ham United, pekerja pada hari perlawanan dan malah setiap orang yang bercadang untuk menghadiri perlawanan pada Boxing Day.”

Tarikh baru perlawanan itu bagaimanapun belum ditetapkan namun Arsenal berkata : “Kelab boleh mengesahkan perlawanan ini akan diadakan semula sama ada pada Rabu, 23 Januari atau Sabtu, 26 Januari.”

“Tarikh perlawanan itu akan ditentukan hasil keputusan pusingan ketiga Piala FA, yang akan berlangsung pada hujung minggu Sabtu, 5 Januari dan Ahad, 6 Januari.”

Anggota Aslef (Associated Society of Locomotive Engineers and Firemen) mengundi 9-1 untuk melancarkan mogok berikutan pertikaian jangka panjang mengenai bayaran kerja lebih masa pada Bank Holidays. Mereka dijangka melancarkan mogok selama 24 jam pada 26 Disember ini diikuti pada 18 dan 25 Januari.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply