[BULETIN] PEMAIN ARSENAL MAHU MENGADAKAN LATIHAN TAMBAHAN

Ekoran gagal mencatatkan kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir termasuk 2 kekalahan kepada Swansea dan Olympiakos, The Gunners kian dihimpit tekanan untuk mengembalikan prestasi sebenar mereka selain turut berdepan dengan kritikan-kritikan daripada penyokong-penyokong. Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta mengakui para pemain mendesak untuk mengadakan latihan tambahan bagi memperbaiki persembahan yang buruk musim ini.

Prestasi yang tidak menentu dipamerkan oleh Arsenal kebelakangan ini jelas mengecewakan ramai pihak termasuk pemain-pemain dan para penyokong Namun, Mikel Arteta positif dengan situasi ini dan mengakui pemain-pemain The Gunners tidak sambil lewa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan prestasi.

“Di Arsenal, kami memilki barisan pemain yang mahu memberikan 100% dan membuatkan semuanya menjadi mudah. Saya dapat melihatnya ketika di bilik persalinan. Selalunya,” kata Mikel Arteta kepada DailyMail baru-baru ini.

“Kami boleh melihatnya di wajah pemain-pemain, kekecewaan, penderitaan. Mereka mahu memberikan yang terbik. Anda perlu tahu bahawa pemain-pemain (Arsenal) mendesak mahu mengadakan sesi latihan tambahan. Ini membuktikan mereka mahu berkerja keras dan mengembalikan prestasi mereka.”

Mikel Arteta merupakan penolong kapten Arsenal dan antara watak utama skuad Arsenal musim ini mengakui perjalanan Arsenal masih jauh musim ini. Kekalahan Sabtu lalu jelas menyakitkan dan meruntuhkan moral para pemain-pemain. Namun Arteta menegaskan bahawa Arsenal bakal kembali bangkit daripada episod duka menentang West Bromwich malam ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply