[BULETIN] PAT RICE MENERIMA PENGANUGERAHAN PINGAT MBE

Pat-Rice-Arsenal-MBELagenda Arsenal dan bekas pertahanan Ireland Utara, Pat Rice bakal diberi penghormatan menerima pingat MBE (Member Order of British Empire) dalam penganugerahan sempena tahun baru ini atas sumbangan besar terhadap pembangunan bola sepak di Britain. Pat Rice atau nama penuhnya Patrick James Rice melakukan 528 kemunculan bersama Arsenal dengan membantu menjulang kejuaraan berganda pada 1970/71.

Anak kelahiran Belfeast, Ireland Utara ini memulakan kariernya bersama Arsenal ketika berusia 15 tahun pada 1964 dan mendapat debut dalam skuad utama Arsenal menentang Burnley pada 5 Disember 1967. Pat Rice terus menjadi pilihan untuk mengisi posisi bek kiri dan mula memakai lilitan kapten Arsenal pada tahun 1977. Sepanjang karier bersama Arsenal, Pat Rice menjulang kejuaraan berganda pada musim 1970/71 dan Piala FA pada 1979.

Selepas persaraannya sebagai pemain, Pat Rice terus menabur keringat bersama Arsenal sebagai jurulatih skuad remaja Arsenal dari 1984 hingga 1994 dengan menjulang 2 kejuaraan Piala FA Remaja pada 1988 dan 1994.

Beliau terus diberi peranan yang lebih penting selaku pengurus sementara dan penolong pengurus Arsenal sejak kehadiran Arsene wenger pada Oktober 1996.

Sepanjang menjadi penolong pengurus Arsenal, Pat Rice membantu menjulang 7 kejuaraan termasuk dua kejuaraan berganda pada 1998 dan 2002. Beliau terus menjadi watak penting dalam melahirkan pemain-pemain kepada Arsenal dan Pat Rice akhirnya mengumumkan persaraannya pada penghujung musim lalu selepas 44 tahun mencurah bakti bersama The Gunners.

“Saya sangat gembira dan berbangga menerima anugerah MBE ini. Berita ini sangatmengejutkan saya dan saya berbesar hati menerima penganugerahan ini daripada Queen sempena tahun baru ini,” kata Pat Rice.

“Bola sepak dan Arsenal adalah sebahagian daripada hidup saya dan mengharungi memori yang hebat sepanjang karier saya. Saya cukup bertuah dapat bermain dan berkerja dengan ramai individu yang hebat dan menikmati kejayaan menerusi kerja keras saya.”

“Ini merupakan satu kelebihan mewakili Arsenal Football Club untuk lebih 40 tahun, sebuah kelab yang hebat dengan nilai yang luar biasa. Saya turut berbangga mewakili negara saya dan saya turut berterima kasih kepada Watford di mana saya sempat menghabiskan sedikit masa di sana.”

“Saya mahu mengambil peluang untuk berterima kasih kepada semua yang membantu saya sepanjang karier saya dan yang paling penting saya menghaburkan setinggi terima kasih kepada keluarga saya yang memberi sokongan padu kepada karier saya.”

Sementara itu, Arsene Wenger turut gembira dengan anugerah yang diterima oleh bekas pembantunya itu. Pengurus Arsenal turut mengakui Pat Rice seorang yang sentiasa komited dengan kerjanya dan merupakan individu yang banyak membantu dirinya sepanjang berada di Arsenal.

“Saya benar-benar gembira kerana dia sememangnya layak (menerima anugerah). Itulah, Pat Rice,” kata Arsene Wenger.

“Dia telah memberikan komitmen 100% yang jitu bersama Arsenal. Pat Rice merupakan seseorang yang seharus kamu damping dalam sesuatu perjuangan dan anda menyukainya.”

“Pat (Rice) adalah lagenda Arsenal dan anugerah kepada manusia. Kami sungguh berbangga dan gembira dengan pencapaiannya ini untuk beliau sekeluarga,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply