[BULETIN] JOEL CAMPBELL MUNGKIN DIPANGGIL PULANG

Di sebalik berita kepulangan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry secara pinjaman bagi mengukuhkan jentera serangan Arsenal yang dilihat kurang menyengat kebelakangan ini, Arsene Wenger dilaporkan bersedia membuat keputusan mengejut untuk memanggil pulang penyerang muda, Joel Campbell yang kini dipinjamkan ke Real Betis sejak Ogos lalu sehingga penghujung musim ini.

Langkah tersebut dilihat sebagai jalan terakhir bagi menambah variasi di bahagian serangan andai The Gunners gagal membawa masuk penyerang berkelas dunia pada jendela perpindahan Januari nanti. Arsenal kini hangat dikaitkan dengan perpindahan penyerang berprofil tinggi antaranya, Klaas-Jan Huntelaar, Edison Cavani, Adrian Lopez, Fernando Lorente, dan Demba Ba ke Stadium Emirates.

Prospek muda kelahiran San Jose, Costa Rica ini ditandatangani dari kelab Deportivo Saprissa pada 19 Ogos 2011 dengan kontrak selama 5 tahun. Ekoran kegagalan mendapatkan permit kerja di England, Campbell telah dipinjamkan ke kelab Ligue 1, FC Lorient sepanjang musim 2011/12. Pada musim ini, Joel Campbell sekali lagi dipinjamkan ke Real Betis sehingga ke penghujung musim.

Wonderkid Arsenal ini berjaya mendapat peluang beraksi bersama skuad utama Real Betis sebanyak 6 kali setakat ini dan menjaringkan gol cantik ketika menentang Deportivo La Coruna pada 2 Disember lalu. Penyerang berusia 20 tahun sudah memiliki 16 cap bersama skuad utama Costa Rica dengan menjaringkan 7 gol setakat ini. Joel Campbell juga mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk membuktikan kemampuan bersama skuad utama Arsenal.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply