[BULETIN] THEO! AYUH, BUKTIKAN KOMITMEN BERSAMA ARSENAL

Masa depan penyerang Arsenal, Theo Walcott terus mencetuskan tanda tanya lantaran gagal mencapai kata sepakat dalam klausa kontrak lanjutan. Pemain antarabangsa England berusia 23 tahun ini tampil selaku penjaring terbanyak Arsenal musim ini dengan meledak 11 gol setakat ini. Namun, Arsenal dilaporkan menolak permintaan Walcott untuk mendapatkan kenaikan gaji sebanyak £75,000 seminggu.

Anak kelahiran Stanmore dikhabarkan mahu menghabiskan kontraknya bersama Arsenal sehingga kontraknya tamat pada penghujung musim ini dan enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama The Gunners. Situasi Theo Walcott ini turut menarik perhatian beberapa kelab-kelab utama Eropah termasuk Manchester City, Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Juventus.

Rakan sepasukan Walcott dalam Arsenal dan England, Jack Wilshere berharap agar penyerang berusia 23 tahun itu meneruskan komitmen bersama Arsenal dengan menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal di Emirates. Terdahulu, Wilshere bersama Aaron Ramsey, Kieran Gibbs, Oxlade-Chamberlain dan Carl Jenkinson telah menandatangani kontrak baru bersama The Gunners.

Kata Jack Wilshere kepada The Sun UK : “Semua orang di kelab ini mahu Theo (Walcott) memperbaharui (kontrak). Saya sering mengesa dia ‘Come on Theo, sign it’.”

“Tetapi terdapat yang perlu dia pertimbangkan. Itu terserah kepadanya untuk mencapai persetujuan dengan kelab ini dan saya berharap mereka berjaya (mencapai kata sepakat).”

“Theo (Walcott) merupakan pemain yang hebat bagi kami dan dia juga mengetahui dirinya bermakna bagi kami dan peminat. Lima daripada pemain British sudah mendatanganinya dan saya berharap Theo menjadi pemain keenam.”

“Kami memiliki persahabatan yang erat, pemain-pemain British. Kami sentiasa keluar bersama, makan bersama dan bersantai bersama,” kata Jack Wilshere lagi.

Theo Walcott merupakan pemain termuda yang melakukan penampilan bersama skuad senior England dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hungary pada 30 Mei 2006 ketika berusia 17 tahun 75 hari. Penyerang lincah ini menyertai Arsenal dari Southampton pada 20 Januari 2006 dengan yuran perpindahan bernilai £9.1 juta.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply