[BULETIN] ARSENAL MENANDATANGANI 5 BINTANG MASA DEPAN

Lima pemain muda British – Jack Wilshere (20), Aaron Ramsey (21), Kieran Gibbs (23), Alex Oxlade-Chamberlain (19) dan Carl Jenkinson (20) menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama The Gunners semalam. Pengurusan Arsenal komited dalam usaha mengekalkan bintang-bintang muda ini sehingga 2018 dengan memperuntukan perbelanjaan sebanyak £70 juta namun situasi kontrak seorang lagi pemain muda Inggeris, The Walcott masih mencetuskan tanda tanya.

Dengan perjanjian kontrak baru ini menyaksikan Jack Wilshere menerima peningkatan gaji dari £50,000 kepada £80,000 seminggu manakala Oxlade-Chamberlain pula menerima peningkatan 3 kali ganda kepada £60,000 seminggu. Sementara itu, Kieran Gibbs pula menerima peningkatan gaji  sebanyak £10,000 kepada £50,000 seminggu. Aaron Ramsey pula memperolehi peningkatan gaji sebanyak £60,000 seminggu dan Carl Jenkinson pula turut menerima £35,000 seminggu meningkat £15,000 daripada sebelumnya.

Situasi ini jelas mengembirakan Arsene Wenger dalam usaha untuk mengekalkan bintang-bintangnya dan membintang skuad Arsenal yang mantap. Pengurus berbangsa Perancis ini turut melaungkan keyakinan dalam usaha membina skuad Arsenal yang mantap berteraskan pembangunan pemain-pemain tempatan.

“Kami gembira menandatangani 5 pemain muda dengan menandatangani kontrak jangka masa panjang. Ini merupakan perancangan kami membina skuad yang mantap dengan asas pemain muda sekaligus membantu pembangunan bakat muda kelab ini,” kata Arsene Wenger.

“Jack (Wilshere) sememangnya dikenali sebagai pemimpin kepada pasukan muda ini – tetapi empat lagi pemain muda turut memiliki pengaruh yang besar kepada pasukan dan kami gembira memuktamadkan perjanjian serentak.”

“Wilshere, Jenkinson, Ramsey, Oxlade-Chamberlain, dan Gibbs merupakan teras kepada skuad masa depan Arsenal dan kami melanjutkan kontrak mereka untuk jangka masa panjang,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere yang melakukan 10 penampilan pada musim ini sekembalinya dari kecederaan jangka masa panjang selama 15 bulan kerana mengalami kecederaan buku lali dan lutut. Pemain berusia 20 tahun juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan England dengan memiliki 6 caps bersama The Three Lions. Wilshere sudah melakukan lebih 70 penampilan sejak diserap ke dalam skuad utama Arsenal pada musim 2008/09.

Sementara itu, Aaron Ramsey pula merupakan kapten skuad kebangsaan Wales sebelum dilucutkan jawatan pada September lalu turut memiliki 25 caps antarabangsa sejak 2008 lagi. Bekas pemain muda Cardiff City ini dibawa ke Stadium Emirates pada 10 Jun 2008 dengan bayaran perpindahan bernilai £4.8 juta sudah melakukan lebih 90 kemunculan bersama skuad utama Arsenal. Namun, kecederaan teruk yang dialami oleh Ramsey pada 27 Februari 2010 sedikit menjejaskan persembahanya.

Pemain sayap berusia 19 tahun, Oxlade-Chamberlain pula menyertai Arsenal dari Southampton dengan bayaran perpindahan bernilai £15 juta pada Ogos 2011 dan mula mendapat tempat dalam skuad utama sejak musim lalu sementara Carl Jenkinson pula ditandatangani dari Charlton Athletic pada Jun 2011 dengan nilai dianggarkan bernilai £1 juta. Kieran Gibbs pula merupakan produk akademi Arsenal menyertai The Gunners pada 2004 dan sudah melakukan 87 penampilan sejak 2008.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply