[BULETIN] ARSENAL MAHU SAMBAR KETUA AKADEMI MANCHESTER CITY

Arsenal dilaporkan bersedia untuk menyambar ketua akademi Manchester City, Brian Marwood bagi membantu Arsene Wenger menamatkan kemarau kejuaraan. Bekas pemain sayap Arsenal berusia 52 tahun ini dilihat sebagai calon terbaik dalam usaha membawa masuk pemain-pemain berkelas dunia serta merencana strategi perpindahan pemain ke Stadium Emirates bagi mengisi kekosongan sejak pemergian naib pengerusi, David Dein sejak 6 tahun lalu.

Marwood pernah melakukan 52 penampilan bersama The Gunners dengan menjaringkan 16 gol dari 1988 hingga 1990 dan berjaya menjulang kejuaraan liga pada musim 1988/1989.

Anak kelahiran Seaham, England menyertai The Citizen sebagai pentabiran bola sepak pada tahun 2009 telah berjaya membawa nama-nama besar ke Stadium Etihad termasuk Mario Balotelli, Sergio Aguero, Samir Nasri, Gael Clichy, Yaya Toure dan ramai lagi.

Namun, Marwood telah diturunkan pangkat kepada ketua dalam akademi kelab itu apabila bekas pengarah bola sepak Barcelona, Txiki Begiristain telah dilantik sebagai pengarah sukan Manchester City yang baru pada bulan Oktober lalu. Bekas pemain berusia 52 tahun disenarai pendek oleh pengurus Arsenal bagi membantu Arsene Wenger dilihat tertekan dan menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan kontrak dan perpindahan pemain sejak pemergian David Dein pada September 2008.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply