[BULETIN] ARSENAL KE SAINGAN 16 PASUKAN TERBAIK NEXTGEN SERIES

Skuad muda Arsenal berjaya meloloskan diri dalam saingan 16 pasukan terbaik di Eropah dalam Kejohanan NextGen Series musim 2012/13 selepas menewaskan  Athletic Bilbao 4-2 semalam. Kejohanan NextGen Series ini dianjurkan buat pertama kalinya musim ini bagi memberi peluang kepada bakat-bakat muda tahun mengasah bakat menjadi bintang pelapis kelab-kelab Eropah. Kejayaan ini berjaya mengikuti jejak langkah skuad utama Arsenal yang turut melayakan diri dalam saingan 16 pasukan terbaik.

Arsenal bermula garang dalam misi memburu kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi mengesahkan tiket ke saingan kalah mati dan hampir mendahului pada ke-7 menerusi tandukan jarak dekat Jon Toral namun gagal menemui sasaran. Bilbao turut mengasak menerusi percubaan dalam kotak penalti Ager Aqueche tetapi gagal membolosi gawang Arsenal. Percubaan Kriss Olsson pada minit ke-8 pula sekadar menggegar palang.

Pemain pertahanan, Sead Hadjovic akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila menanduk masuk gol dari jarak dekat seminit berselang. Athletic Bilbao tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Ager Aqueche yang menemui sentuhan gol pada minit ke-12. Gandingan Chuba Apkom-Zak Ansah-Thomas Eisfeld menjadi duri dalam daging buat Bilbao.

Percubaan Zak Ansah gagal menemui sentuhan gol sementara penjaga gol Arsenal, Reice Charles-Cook cemerlang menafikan percubaan Ager Aqueche dan Gorka Santamaria. Rembatan Eisfeld dari jarak 10 ela pula gagal menemui sasaran. Peluang keemasan Bilbao hadir menerusi Santamaria yang menerima umpanan dari Aqueche namun kecemerlangan Reice Charles-Cook berjaya menafikannya.

Zak Ansah akhirnya berjaya meletakan Arsenal di depan apabila bijak menyempurnakan umpanan cantik Jon Toral pada minit ke-71. Gandingan Kriss Olsson dan Martin Angha berjaya membuka ruang ruang buat Jon Toral meledak gol ketiga Arsenal pada minit ke-75. Isaac Hayden menambah derita Bilbao pada minit ke-81 meskipun Yerai Alvarez berjaya merapakan kedudukan pada minit ke-85 namun sudah terlambat menghalang kemenangan Arsenal.

Kemenangan ini berjaya meletakan Arsenal menduduki tempat pertama dalam kumpulan 6 sementara Athletic Bilbao turut berjaya mengenepikan cabaran Olympiakos dan Marseille untuk menduduki tempat kedua sekaligus mengiringi Young Gunners ke saingan kalah mati 16 pasukan terbaik bagi saingan Nextgen Series 2012/13 yang menampilkan aksi bakat-bakat muda bawah 19 tahun.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply