[BULETIN] ARSENAL BERDEPAN RISIKO PENGURANGAN NILAI PENAJAAN

Emirates-Arsenal-extention-dealArsenal bakal kehilangan jutaan pound daripada penaja utama dari Emirates jika gagal melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. The Gunners menerima £30 juta setahun daripada syarikat penerbangan Fly Emirates tetapi wakil presiden Emirates, Boutros Boutros telah mengatakan bahawa kelab akan dibayar lebih sedikit daripada jumlah sepatutnya sesuai dengan perjanjian yang dimetrai.

Arsenal kini berjaya menghuni kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan Wigan Athletic 1-0 di DW Stadium hujung minggu lalu. Namun, skuad bimbingan Arsene Wenger terus tertekan apabila berdepan saingan sengit daripada Everton, Tottenham, West Brom dan Liverpool untuk mengekalkan kedudukan ke-4 liga sekaligus melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Naib Presiden Emirates, Boutros Boutros mengesahkan bahawa syarikat penerbangan berpangkalan di Dubai itu yang mempunyai hak penjenamaan ke atas nama stadium dan jersi Arsenal mempunyai klausa untuk mengurangkan bayaran jika Arsenal gagal melayakan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Ada beberapa klausa dari kontrak kami dari 2014/15 bahawa kami akan mengurangi nilai pembayaran kepada mereka (Arsenal) jika tidak mencapai sasaran,” kata Boutros menurut DailyMail.

“Liga Juara-Juara Eropah merupakan sebahagian dari kontrak. Ini demi untuk menjaga konsistensi dari mereka. Ini adil bagi kami dan juga adil kepada mereka.”

Meskipun Arsenal juga tanpa trofi selama tujuh tahun, namun Emirates telah mencapai kata sepakat bersama dengan menandatangani kontrak selama 5 tahun dari musim 2014-15 dan syarikat percaya bahawa Arsenal masih merupakan tempat untuk melakukan pelaburan yang baik.

Boutros melanjutkan : “Arsenal kekal selaku pencabar utama kejuaraan dengan penjenamaan yang kukuh dan pengurusan yang baik serta pengurus yang hebat.”

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply