[BULETIN] ARSENAL BAKAL BERTEMU DENGAN BAYERN MUNICH

Arsenal bakal membuat perhitungan menentang finalis musim lalu pada pusingan ke-2 peringkat kalah mati Liga Juara-Juara selepas diundi bertemu dengan Bayern Munich dalam sesi undian yang berlangsung di ibu pejabat UEFA di Basel, Switzerland semalam. Meskipun bakal menghadapi laluan sukar bertemu Bayern Munich, namun Arsenal turut menarik nafas lega selepas tidak diundi bertemu dengan Barcelona atau Juventus.

The Gunners bakal menjadi tuan rumah kepada The Bavarians di Stadium Emirates pada 19 Februari nanti sebelum bertandang ke Allianz Arena pada 13 Mac 2012. Skuad bimbingan Jupp Heynckes ini dibarisi oleh kebanyakan pemain-pemain utama skuad kebangsaan Jerman antaranya Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Manuel Neuer, Thomas Muller, Mario Gamez, Toni Kroos dan Jerome Boateng, .

Pertemuan ini juga turut bakal menyaksikan pemain Arsenal, Lukas Podolski bakal melakukan kepulangan bertemu bekas kelabnya. Penyerang antarabangsa Jerman yang beraksi bersama Bayern Munich dari 2006 hingga 2009 mengakui bahawa bekas kelabnya itu merupakan lawan yang kuat tetapi yakin The Gunners mampu mengatasinya sekaligus mara ke suku akhir.

“Mereka (Bayern) beraksi dalam perlawanan akhir 2010 dan tahun lalu. Mereka merupakan kelab yang besar tetapi kami masih mempunyai peluang untuk menewaskan Bayern Munich.

Sementara itu, Philipp Lahm nyata gembira dengan undian ini dan yakin dengan kemampuan pasukannya untk mengenepikan Arsenal sekaligus meneruskan kemaraan ke pusingan seterus dengan reputasi selaku pasukan pilihan. Kapten Bayern Munich ini turut teruja untuk bertemu dengan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Jerman yang beraksi bersama Arsenal, Lukas Podolski dan Per Mertesacker.

“Ini merupakan undian yang bagus. Kami memiliki peluang untuk mara ke pusingan seterusnya kerana kami memiliki pasukan yang mantap. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan Poldi (Lukas) dan Per (Mertesacker),” kata Philipp Lahm mengulas mengenai undian tersebut.

Berdasarkan rekod pertemuan, Arsenal dan Bayern Munich pernah bertemu sebanyak 4 kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di mana keputusan lebih memihak kepada kelab yang berpangkalan di ibu kota Jerman itu. Bayern berjaya memenangi 2 perlawanan dan Arsenal pula dengan satu perlawanan sementara satu lagi berakhir dengan keputusan seri.

REKOD PERTEMUAN ARSENAL – BAYERN MUNICH

Peringkat Kumpulan – 5 Dec 2000 (Highbury)
Arsenal (2) vs Bayern Munich (2)
Arsenal : Henry 4, Kanu 55,
Bayern : Tarnat 56, Scholl 66,

Peringkat Kumpulan – 14 Mac 2000 (Allianz Arena)
Bayern Munich (1) vs Arsenal (0)
Bayern : Elder 10,

Suku Akhir – 22 Feb 2005 (Allianz Arena)
Bayern Munich (3) vs Arsenal (1)
Bayern : Pizarro 3, 58, Salihamidzic 65,
Arsenal : Toure 88,

Suku Akhir – 9 Mac 2000 (Highbury)
Arsenal (1) vs Bayern Munich (0)
Arsenal : Henry 66,

Selain pertembungan Arsenal-Bayern, undian semalam juga turut menyaksikan Manchester United bakal bertemu dengan bekas juara 9 kali, Real Madrid sementara Barcelona pula sekali lagi bakal berhadapan dengan AC Milan. Sementara itu, Shaktar Donetsk yang menyingkirkan juara musim lalu, Chelsea bakal membuat perhitungan dengan juara Bundesliga, Borussia Dortmund.

Incoming search terms:

  • arsenal vs bayern
This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply