[ARTIKEL] TAKTIKAL BERTAHAN DALAM BOLA SEPAK

olivier-giroud-header-goal-vs-fulham-2012Menyerang merupakan pertahanan terbaik namun bagi pemain bola sepak bertahan bukan sekadar melindungi gawang daripada dibolosi tetapi juga membantu meningkatkan keupayaan sesebuah pasukan dalam melakukan serangan. Ramai pemain-pemain pertahanan yang bertindak membantu menjana jaringan gol seperti Leighton Baines, Patrice Evra, John Terry, Thomas Vermaelen, Alexander Kolarov, Kyle Walker dan ramai lagi.

Pemain pertahanan juga sama penting seperti pemain tengah dan penyerang dalam sesebuah pasukan yang bertindak mencipta peluang dan gerakan-gerakan menghasilkan gol serta turut memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol. Bagi mereka yang benar-benar mengikuti perkembangan bola sepak, pastinya sangat penting dan menarik untuk mengetahui mengenai taktikal pertahanan yang berbeza. Jom baca sedikit informasi mengenai taktikal pertahanan.

ZONAL MARKING (KAWALAN ZON)

Taktikal ini merupakan asas kepada permainan bola sepak dan tidak terlalu rumit. Berdasarkan taktikal ini, setiap pemain pertahanan dan tengah mempunyai kawasan atau zon sendiri untuk diawasi. Tugas utama setiap pemain adalah mempertahankan kawasan yang perlu dikawal dan dalam masa yang sama berkomunikasi dengan rakan sepasukan yang lain. Dalam situasi ini, pemain lebih mementingkan kawasan daripada membantu rakan sepasukanya lain. Penyerang pasukan lawan terpaksa menghadapi 2 lapisan daripada 4 pemain yang mengawasi separuh kawasan padang.

ALLY YOUR GOAL

Pemain pertahanan akan bertahan dengan baik apabila mereka akan cuba berada sedekat mungkin dengan kawasan gol. Matlamat utama pemain pertahanan adalah melindungi kawasan gol daripada dibolosi serta cuba untuk menguasai kawalan bola daripada pasukan lain. Ini juga akan mengurangkan ancaman pasukan lawan terhadap gawang gol. Taktikal ini sering digunakan oleh pasukan yang kehilangan pemain ekoran layangan kad merah atau sekadar cuba untuk mencatatkan keputusan seri atau mempertahan gol awal yang diperolehi.

INTERCEPTION (PINTASAN)

Ketika di bawah serangan atau hantaran yang tidak terus, pintasan merupakan taktikal yang bagus dan sempurna jika anda tidak mahu terganggu oleh serangan pasukan lawan. Sistem ini mudah difahami, hanya memintak bola daripada tiba kepada penerima atau voila (penyerang bahagian sisi padang). Ini merupakan taktikal yang sering digunakan dalam pertahanan bola sepak.

MAN TO MAN MARKING

Man to man marking merujuk kepada taktikal di mana setiap pemain akan merantai pemain-pemain tertentu dalam pasukan lawan. Taktikal ini sering dikaitkan dengan gaya permainan bola sepak Itali dan berkesan jika sweeper diberi peranan bebas di atas padang. Jika pemain lawan pantas dan licik, seorang pemain yang memiliki keupayaan yang hampir sama diperlukan. Dengan sentiasa mengekori pemain dan merantainya adalah sangat penting untuk memberi tekanan kepada pemain tersebut.

PLAY THE WAITING GAME (SENTIASA BERTAHAN)

Dengan sentiasa berada di kubu anda dan membiarkan penyerang lawan turun untuk melakukan serangan. Taktikal ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan mengawal perasaan gemuruh akan meletakan pemain-pemain lawan berada dalam tekanan. Lawan tidak boleh menyimpan bola terlalu lama atau mudah untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan di mana penerima akan dikawal rapi. Senario ini akan memaksa lawan bergerak ke kawasan kurang berbahaya sekaligus menghalang daripada melakukan percubaan. Taktikal ini merupakan taktikal yang paling berdaya maju dalam sistem pertahanan bola sepak.

Incoming search terms:

  • taktikal bola sepak
  • tektikal bola sepak
  • taktikal permainan bola sepak
This entry was posted in Artikel and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply