[ARTIKEL] KELAB ATHLETIC BILBAO DAN POLISI CANTERA

Athletic-Bilbao-San-MamesDi sebalik nama besar Real Madrid dan Barcelona yang mewarnai bola sepak Sepanyol, Athletic Bilbao mungkin agak asing bagi peminat-peminat bola sepak. Namun, kelab yang berpangkalan di Bilbao, Sepanyol merupakan kelab ketiga paling berjaya dalam La Liga selepas Barcelona dan Real Madrid dengan meraih 32 kejuaraan domestik. Malah, kelab yang mendapat jolokan The Lions ditubuhkan pada tahun 1898 adalah kelab kedua tertua di Sepanyol selepas Recreativo de Huelva.

Kelab yang kaya dengan sejarah dan pencapaian ini juga merupakan salah satu daripada 3 kelab yang tidak pernah direlegasi dari saingan La Liga selain Barcelona dan Real Madrid sejak 81 tahun yang lalu. Namun, kini reputasi Athletic Bilbao sudah pudar dan tidak digeruni selepas gagal meraih sebarang kejuaraan sejak 30 tahun di mana kali terakhir menjulang kejuaraan double pada musim 1983/84.

Ramai peminat bola sepak lebih menyanjung Real Madrid sebagai kelab kaya raya yang banyak melaburkan wang demi projek ‘The Galacticos’ dan Barcelona sebagai kelab Sepanyol yang memiliki falsafah bola sepak yang dipenuhi dengan semangat patriotisme Catalan. Namun, sebenarnya Athletic Bilbao lebih kaya dengan patriotisme Basque. Polisi Cantera yang diterapkan oleh The Lions menetapkan setiap pemain mereka mestilah berketurunan Basque.

Athletic-Bilbao-Cantera-policyAntara percaya atau tidak, 22 daripada 24 pemain Athletic Bilbao hari ini merupakan rakyat Sepanyol manakala 2 orang pemain lagi berasal dari Venezuela dan Perancis namun masih merupakan keturunan Basque yang berada di luar Sepanyol. Polisi Cantera untuk keturunan Basque ini telah dipertahankan untuk ratusan tahun lamanya bukan seperti Barcelona yang kononnya memiliki semangat patriotisme Catalan sejati tetapi telah lama dinodai oleh pemain-pemain bukan Catalan.

Walau bagaimanapun, prinsip yang hanya merekrut pemain berketurunan Basque ini telah memberikan kesan secara langsung kepada Athletic Bilbao. Berbeza dengan Barcelona yang sanggup mengadai maruah Catalan untuk membeli pemain-pemain terbaik, The Lions hanya berpuas hati dengan bakat berketurunan Basque. Kesannya, dalam era bola sepak moden ini Athletic Bilbao tidak lagi berupaya menyaingi kelab-kelab Sepanyol lain yang berbelanja besar dan ketandusan kejuaraan sejak 30 tahun yang lalu.

Namun, ketegasan prinsip yang diamalkan oleh kelab berusia 115 tahun ini harus dipuji dan dihormati serta berada pada kelas tersendiri. Peluang terbaik meraih kejuaraan dalam saingan Copa del Rey dan Liga Europa musim lalu sebelum tewas kepada Barcelona dan Atletico Madrid dalam perlawanan akhir. Dan Athletic Bilbao terus menjadi nadi dalam usaha melahirkan pemain-pemain berketurunan Basque yang kebanyakan berada di Sepanyol dan barat daya Perancis serta minoriti di lebih 14 negara seluruh dunia.

Rujukan : www.sokernet.blogspot.com

Incoming search terms:

  • jolokan kelab madrid
This entry was posted in Artikel and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply