[ARTIKEL] ASAL USUL GELARAN HARIMAU MALAYA

Kebangkitan semula skuad bola sepak Malaysia yang suatu ketika dahulu merupakan jagoan terbaik Asia bermula selepas menamatkan penantian 20 memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos ke-25 dan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama dalam sejarah di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal. Kini di mana saja nama Harimau Malaya yang menjadi kebanggaan dan pasti meniti di bibir setiap rakyat Malaysia. Namun, tahukah anda mengenai asal usul nama Harimau Malaya?

Nama Harimau Malaya cukup sinonim dengan skuad bola sepak kebangsaan Malaysia. Harimau Malaya merupakan sub-spesies harimau belang yang yang mendiami kawasan Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) yang dikenali dengan nama saintifik Panthera Tigris Malayensis tetapi sehingga tahun 2004, Harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies Harimau Indochina.

Sebenarnya nama Harimau Malaya adalah berasal dari gelaran kepada seorang pemain bola sepak era 1940-an, Dollah Don. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor dan beraksi di posisi penyerang. Mendapat pendidikan awal di Primary School Ngee Heeng dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Bukit Zaharah dari darjah 2 hingga 4. Dollah Don menyambung pengajian di peringkat tinggi di English College.

Ketika zaman persekolahannya beliau sangat aktif dan pernah menjadi Olahragawan. Dollah Don pada mulanya bermain bola sepak semasa kecil dengan menggunakan bola tenis. Sewaktu di sekolah Dollah Don juga merupakan atlit olahraga yang berjaya dan pernah memenangi beberapa acara dan membolehkan beliau bergelar olahragawan di sekolahnya. Sebelum bermain untuk pasukan kebangssan, beliau bermain untuk pasukan Johor di era awal Piala Malaya dan Piala H.M.S Malaya.

PERISTIWA DI SUMATERA

Jika kumpulan rock, SEARCH pernah menggegarkan Indonesia dengan lagu Isabella pade era 1990-an, begitu jugalah Dollah Don dengan mutu permainan bola sepaknya. Dollah Don sememangnya mempunyai ramai peminat bola sepak di Indonesia. Dari sumber yang dicari, beliau sering menerima jemputan untuk bermain di sana.

Pada tahun 1946, Dollah Don telah dijemput untuk bermain menentang Pasukan Medan di Sumatera. Malangnya beliau jatuh sakit dan tidak dapat diturunkan beraksi. Pada era 1950-an Indonesia dipimpin oleh Sukarno sebagai Presiden negara tersebut. Sukarno begitu kagum dengan Dollah Don sehingga menggelarkan beliau sebagai ‘Harimau Malaya’.

Ini semua bermula dari satu perlawanan yang disaksikan oleh Sukarno sendiri. Perlawanan tersebut ialah sewaktu menentang pasukan Peseja di Indonesia, pada 1953, Dollah Don mewakili Melayu Singapura dan barisan lawan diwakili oleh pemain tempatan dan Belanda.Penjaga gol lawan, Van Der Veen, dianggap terkenal di Asia ketika itu. Presiden Sukarno turut menyaksikan perlawanan itu menyaksikan pasukan Melayu Singapura ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, mereka mengasak ke kubu Peseja dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan seri. Ketiga-tiga gol tersebut telah dijaringkan oleh Dollah Don sendiri. Sejak itu gelaran Harimau Malaya melekat kepada Dollah Don dan hingga membawa ke hari ini menjadi identiti pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Sumber : BLOG MENGENAI SESEORANG YANG MENCINTAI BOLA SEPAK

Incoming search terms:

  • harimau
  • asal mula harimau malaya
  • dolah dan harimau malaya
  • pencipta nama harimau malaya
  • Sejara harimau malaya
  • sejarah nama harimau malaya
This entry was posted in Info Pemain and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply