[ARTIKEL] 7 KEPENTINGAN MELAKUKAN AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

arsenal-first-sesion-trainning-summer-2012Memanaskan badan atau warming up merupakan perkara penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti sukan. Memanaskan badan adalah bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental sebelum melakukan aktiviti bersukan yang sekaligus mengelakkan daripada kecederaan yang serius. Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah.

Walaupun sering dianggap remeh oleh sesetengah namun aktiviti memanaskan badan ini memberikan impak yang besar bukan sahaja pada badan anda malah pada prestasi anda ketika bersukan. Lantaran itu, saya ingin berkongsi beberapa informasi mengenai kepentingan memanaskan badan sebelum bersukan atau melakukan aktiviti fizikal agar ia menjadi satu rutin dalam kehidupan sehari-harian. Berikut disenaraikan 7 sebab mengapa kita perlu melakukan warming up sebelum bersukan.

1-Mengelakkan Kecederaan

theo-walcott-hamstring-injuryAntara tujuan utama memanaskan badan adalah untuk mengelakkan kecederaan serius seperti ACL. Bayangkan tubuh badan kita seperti sebuah kenderaan, kita perlu memanaskan enjin terlebih dahulu sebelum melakukan perjalanan jauh bagi memastikan enjin dapat bergerak dengan lancar tanpa menjejaskan prestasi enjin. Begitu juga dengan tubuh kita di mana jika kita mengabaikan aktiviti memanaskan badan, ia bakal mendedahkan kita kepada risiko mendapat kecederaan yang serius.

2-Mengelakkan Kekejangan Otot

Aktiviti memanaskan badan akan menajadi pengaliran ke otot menjadi lebih baik. Darah bukan sahaja berfungsi membawa nutrien tetapi juga oksigen dan elektrolit yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kekurangan oksigen dan elektrolit ini bakal menyebabkan kita mengalami kekejangan otot. Lantaran itu, memanaskan badan dapat mengurangkan masalah kekejangan otot dan mendapat bekalan air yang mencukupi semasa bersukan.

3-Menyesuaikan Dengan Kadar Denyutan Jantung

Memanaskan badan merupakan satu cara untuk memberitahu jantung kita bahawa kita akan melakukan aktiviti yang memerlukan kapasiti tinggi dengan menyesuaikan diri secara berperingkat agat tidak mengalami kejutan dengan tekanan yang datang secara tiba-tiba. Dalam situasi normal, jantung kita berdenyut pada kadar rehat namun jantung kita akan berdenyut dengan lebih laju dan pantas ketika melakukan aktiviti bersukan

4-Meningkatkan Prestasi

Menurut kajian yang dilakukan, seseorang yang melakukan aktiviti memanaskan badan didapati menjadi lebih aktif dan berprestasi tinggi di dalam sukan berbanding individu yang tidak memanaskan badan. Ini kerana jika kita melakukan aktiviti memanaskan badan, darah kita akan mengalir lebih lancar ke dalam otot dan menyebabkan pembahagian nutrien yang diperlukan ke otot untuk menghasilkan tenaga berlaku dengan lebih pantas.

5- Meningkatkan Ketahanan Badan

jack-wilshere-back-to-training-20-sept-12Ketika kita bersukan atau bersenam, badan kita akan mengeluarkan asik laktik. Pengeluaran asid laktik yang terlalu banyak dalam badan kita akan membuatkan kita akan berasa letih dan tidak bermaya. Dengan melakukan aktiviti memanaskan badan dapat mengurangkan pengeluaran asid laktik sekaligus dapat menjadikan tubuh badan kita dapat bertahan lebih lama ketika bersukan dan bersenam.

6-Mengurangkan Kesakitan Selepas Bersukan

Kadangkala jika kita melakukan sesuatu aktiviti secara berlebihan yang memrlukan penggunaan kapsiti otot yang tinggi seperti bersukan dan bersenam, kita akan mengalami kesakitan pada otot apabila bangun pada keesokan harinya. Itu merupakan kesan daripada melakukan aktiviti berat yang kita lakukanĀ  namun dengan memanaskan badan sebeum melakukan aktiviti suan dapat mengurangkan kesakitan selepas bersukan.

7-Membantu Minda Lebih Relaks dan Fokus

Secara psikologi, aktiviti memanaskan badan dapat membantu anda bersedia melakukan aktiviti sukan dari segi mental. Kita sering melihat seorang peninju yang melakukan gaya memanaskan badan seperti menumbuk-numbuk angin dan sebagainya untuk menjadikan diri lebih fokus sebelum perlawanan bermula. Dengan memanaskan badan, anda akan menjadi lebih relaks dan berada dalam zon anda sendiri. Ini dapat membantu anda memberi tumpuan terhadapa aktiviti yang akan anda lakukan.

Incoming search terms:

  • kepentingan memanaskan badan
  • aktiviti memanaskan badan
  • kepentingan aktiviti memanaskan badan
  • memanaskan badan
  • pemanasan badan
  • tujuan memanaskan badan
  • aktiviti pemanasan badan
  • kepentingan pemanasan badan
  • tujuan aktiviti memanaskan badan
  • pemanasan badan sebelum bersukan
This entry was posted in Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply