[UCL] ARSENAL TEMPAH TIKET KE PUSINGAN KALAH MATI

Kejayaan Arsenal menundukkan juara Ligue 1 France musim lalu, Montpellier 2-0 di Stadium Emirates sekaligus menyaksikan The Gunners berjaya melayakan diri ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik. Namun, Schalke 04 masih lagi memimpin kumpulan B dibezakan 1 mata dengan Arsenal selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Olympiakos awal pagi tadi waktu Malaysia.

Arsene Wenger mempertaruhkan skuad yang sama ketika menundukan Tottenham Hotspurs kecuali Theo Walcott yang diketepikan kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Oxlade-Chamberlain. Sementara itu, pengurus Montpellier Rene Girard terpaksa melakukan rombakan kecil lantaran kehilangan beberapa pemain kerana kecederaan. Geoffrey Jourdren kekal selaku penjaga gawang.

Daniel Congre dan El Kaoutari membentuk gandingan selaku pertahanan tengah dengan Mathieu Deplagne dan Henri Bedimo bertindak di bahagian bek kanan dan bek kiri. Montpellier turut mempertaruhkan 2 defensive midfielder, Yanga-Mbiwa dan Marco Estrada sementara Younes Belhanda kekal di posisi attacking midfielder. Anthony Mounier pula beraksi di posisi sayap kiri manakala Remy Cabella selaku pemain sayap kanan dengan Gaetan Charbonnier.

Perlawanan bermula perlahan dengan kedua-dua pasukan dilihat berhati-hati namun Arsenal hampir di depan pada minit ke-11 namun tandukan deras Koscielny sekadar menggegar selepas menerima hantaran lintang daripada Vermaelen. Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny pula cemerlang menafikan gerakan Mounier pada minit ke-13. Percubaan Podolski pada minit ke-31 selepas bijak merampas bola dari kawalan Yang-Mbiwa namun rembatan sedikit tersasar.

Podolski terus hampa apabila gerakan 1-2 dengan Cazorla gagal disempurnakan meskipun hanya berdepan dengan penjaga gol Montpellier, Geoffrey Jourdren. Kedudukan 0-0 kekal hingga separuh masa pertama. Arsenal terus mengasak kubu Montpellier sebaik separuh kedua bermula dan berjaya memperolehi gol pertama menerusi Jack Wilshere yang menerima umpanan daripada Olivier Giroud pada minit ke-49.

Montpellier turut melakukan percubaan menerusi Remy Cabella namun rembatannya pada minit ke-56 tepat kedakapan penjaga gol Arsenal, Szczesny. Podolski akhirnya berjaya mencatat nama selaku penjaring apabila melakukan jaringan pada minit ke-63 menerusi satu rembatan voli yang cantik selepas menerima hantaran lambung daripada Giroud.

Cazorla hampir menambah gol ketiga Arsenal namun rembatannya pada minit ke-73 sedikit melewati palang. Giroud turut hampa apabila percubaannya pada minit ke-80 berjaya ditampan oleh penjaga gol Montpellier. Rembatan cantik dari Arteta pada minit ke-83 pula sedikit tersasar. Percubaan pemain gantian Montpellier, Emmanuel Herrara pada minit-minit akhir perlawanan sedikit tersasar sekaligus menyaksikan kedudukan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan.

ANALISIS PERLAWANAN

Perlawanan sedikit hambar terutama pada separuh masa pertama namun penguasaan bola sekali lagi menjadi milik Arsenal. Di sebalik percaturan Rene Girard yang menggunakan taktikal 2 defensive midfielder dengan Yanga-Mbiwa diberi tugas membayangi setiap pergerakan Santi Cazorla. Kapten Montpellier itu dilihat berjaya menjalankan tugas yang baik dan berjaya mengekang banyak serangan-serangan Arsenal.

Sementara itu, barisan pertahanan Arsenal dilihat beraksi dengan baik dan berjaya menyekat setiap pergerakan terutama menerusi Younes Belhanda, Remy Cabella dan Anthony Mounier sekaligus mencatatkan clean sheet pertama dalam UCL musim ini. Koscielny dilihat mampu bergerak bebas dengan membantu serangan Arsenal. Vermaelen juga turut cemerlang terutama menerusi overlapping dan hantaran silang dari sebelah kiri.

Sementara itu, gandingan Podolski-Cazorla-Wilshere-Giroud dilihat semakin serasi dan berbahaya di kawasan final third. Giroud paling mencuri tumpuan dengan menghasilkan 2 assist membantu kemenangan Arsenal menewaskan bekas kelabnya. Penyerang berusia 26 tahun ini dilihat semakin serasi dengan bahagian serangan The Gunners dan bakal menjadi igauan buat pasukan lawan. Meskipun ini bukan prestasi terbaik Arsenal, namun 3 mata berharga sudah cukup mengembirakan.

MAN OF THE MATCH : OLIVIER GIROUD

This entry was posted in Ulasan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply