[UCL] ARSENAL MENANTI KUNJUNGAN MONTPELLIER DI EMIRATES

The Gunners yang masih segar dengan kejayaan menundukkan musuh setempat, Tottenham Hotspurs 5-2 dalam perlawanan North London Derby di Stadium Emirates hujung minggu lalu turun dengan misi memburu tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah. Namun, anak-anak buah Arsene Wenger tidak menghadapi laluan mudah apabila melayan kunjungan juara Ligue 1 France musim lalu, Montpellier di laman sendiri awal pagi nanti.

Theo Walcott yang mengalami kecederaan bahu ketika menentang Spurs hujung minggu lalu terpaksa diketepikan bersama-sama Andre Santos yang mengalami masalah paha. Sementara itu, Gervinho dan Kieran Gibbs kembali dari kecederaan dan sedia diturunkan menentang Montpellier awal pagi nanti. Sebaliknya, Abou Diaby (paha), dan Tomas Rosicky (archilles) terus direhatkan hingga awal bulan depan.

Di kem Montpellier pula, penyerang Senegal, Souleymane Camara tidak dapat diturunkan kerana menjalani pengantungan selepas menerima 3 kad kuning manakala John Utaka (paha), Karim Al-Fana (lutut) dan Vitorino Hilton (groin) disisihkan kerana kecederaan. Namun, pemain pertahanan Garry Boacly sedia diturunkan selepas cergas sepenuhnya daripada mengalami kecederaan.

Arsenal dijangka akan menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan Spurs hujung minggu lalu kecuali Theo Walcott yang kemungkinan besar digantikan dengan Oxlade-Chamberlain sementara Gervinho dan Kieran Gibbs diberi lebih masa untuk berehat kerana baru pulih dari kecederaan.

PERCATURAN TAKTIKAL

Krisis kecederaan yang melanda beberapa pemain utama serta pengantungan penyerang utama, Souleymane Camara sedikit memberi kelebihan buat Arsenal. Dengan pintu kelayakan ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah sudah tertutup buat Montpellier namun Arsenal tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan juara Ligue 1 France musim lalu.

Corak permainan Montpellier juga dilihat lebih terbuka berbanding dengan perlawanan ketika menentang Schalke 04 dengan lebih berorientasikan serangan khususnya di bahagian sayap. Pemain lincah seperti Younes Belhanda dan Remy Cabella harus diberi lebih perhatian kerana mampu mengucar-kacirkan pertahanan Arsenal. Reny Girard kini dilihat gagal menampilkan momentum kemenangan bersama Montpellier musim ini selepas cemerlang menjulang Ligue 1 musim lalu.

Percaturan taktikal Arsenal juga tiada perubahan ketara dengan kehadiran Alex Oxlade-Chamberlain dilihat bakal memberi ancaman yang lebih kepada benteng Montpellier terutama di bahagian kanan menerusi larian pantas dan gelecekan yang mengelirukan. Taktikal Montpellier juga dilihat tidak terlalu mengekang Cazorla yang berpeluang untuk bergerak bebas sekaligus bakal memainkan peranan penting seperti ketika membantu membelasah Spurs hujung minggu lalu.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 22 November 2012

Waktu : 3.45 pagi (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Firat Aydinus

Ramalan : Arsenal (3) vs Montpellier (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal berjaya memenangi 56% perlawanan di laman sendiri dalam semua kejohanan.
  • Musim ini, Montpellier telah tewas 8 kali daripada 18 perlawanan setakat ini.
  • Arsenal tidak tewas dalam 3 perlawanan terakhir.
  • Montpellier hanya memenangai 1 daripada 12 perlawanan terakhir dalam saingan Eropah.
  • Arsenal hanya sekali berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos daripada 14 perlawanan terakhir.
  • Mikel Arteta muncul pemain pertama dalam Liga Perdana Inggeris yang mencapai 1000 hantaran musim ini ketika menentang Tottenham hujung minggu lalu.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply