[UCL] ARSENAL GAGAL BALAS DENDAM DI VELTINS ARENA

Arsenal gagal membalas dendam kekalahan 0-2 kepada Schalke 04 dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates apabila terikat 2-2 di Veltins Arena, Gelsenkirchen. Meskipun The Gunners berjaya mendahului menerusi jaringan Theo Walcott dan Olivier Giroud namun gol Klass-Jan Huntelaar dan Jefferson Farfan menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berpuas hati dengan satu mata.

Le Prof melakukan sedikit perubahan di bahagian pertahanan dengan mengandingkan Per Mertesacker dan Laurent Koscielny sementara Thomas Vermaelen beraksi selaku bek kiri dan Bacari Sagna kekal selaku bek kanan. Bahagian tengah kekal dikemudi oleh Arteta-Cazorla-Wilshere manakala Theo Walcott kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aaron Ramsey mengalami kecederaan groin.

Lukas Podolski kekal beraksi selaku pemain sayap kiri dan Olivier Giroud pula beraksi sebagai center foward. Sementara itu, pengendali Schalke 04 menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan Arsenal dua minggu lalu kecuali Jermaine Jones yang mengantikan Marco Hoger. Huub Stevens turut mengekalkan tiga serangkai di bahagian serangan iaitu Klaas-Jan Huntelaar, Jefferson Farfan dan Ibrahim Afellay bagi merobek gawang Arsenal.

Perlawanan bermula dengan Schalke terlebih dahulu menguji gawang Arsenal menerusi Ibrahim Afellay namun rembatan berjaya ditampan oleh Mannone pada minit ke-9. Giroud turut menguji gawang Schalke pada minit ke-11 namun diselamatkan oleh Lars Unnerstall. Bermula dari gerakan Giroud yang dibentes oleh pertahanan Schalke, Benedikt Höwedes namun Walcott bijak mencuri bola dan tenang menjaringkan gol pendahuluan Arsenal.

Arsenal bertambah yakin apabila Giroud menanduk masuk hantara silang Podolski pada minit ke-26 untuk namun Schalke tidak mudah mengalah dan hampir memperolehi gol menerusi Farfan pada minit ke-40 tetapi rembatannya dari jarak 30 ela sedikit tersasar. Huntelaar berjaya merapatkan kedudukan pada minit-minit akhirnya separuh masa selepas menyempurnakan hantaran Lewis Holtby.

Klaas-Jan Hunterlaar sekali lagi nyaris menghukum kealpaan benteng pertahanan Arsenal apabila berjaya melepasi perangkap offside namun Vito Mannone cemerlang menyelamatkan keadaan pada minit ke-51. Rembatan Marco Hoger pada minit ke-60 pula sekadar menggegar tiang. Lewis Holtby turut melakukan percubaan tetapi rembatannya berjaya ditepis oleh Mannone pada minit ke-64.

Schalke akhirnya berjaya memperolehi gol penyamaan selepas rembatan Farfan tertampan oleh Vermaelen lalu menerjah gawang Arsenal pada minit ke-67. Jermain Jones turut melakukan percubaan pada minit ke-80 tetapi Mannone lebih bersedia. Walcott melepaskan peluang keemasan menjaringan gol kemenangan namun rembatannya dihalang oleh penjaga gol Schalke 04.

ANALISIS PERLAWANAN

Di sebalik penguasaan bola lebih memihak kepada Arsenal namun Schalke 04 lebih banyak menghasilkan percubaan dan memperoleh sepakan sudut. Percaturan Arsenal meletakkan Vermaelen selaku bek kiri dilihat lebih berkesan berbanding Santos yang gagal beraksi dengan baik beberapa perlawanan kebelakangan ini. Namun, pertahanan Arsenal sering terperangkap dengan corak serangan balas pantas oleh Schalke yang memiliki seorang penyerang yang prolifik (Huntelaar).

Kehadiran Jack Wilshere sedikit sebanyak berjaya mencorak permainan Arsenal namun belum mencapai tahap terbaik dan masih perlu dipertingkatkan. Arsenal masih memerlukan seorang midfielder yang keras dan kental seperti Diaby bagi mengukuhkan bahagian tengah. Cazorla pula dilihat jarang mendapat peluang untuk melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Gandingan Farfan-Huntelaar-Afellay dilihat berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Arsenal dengan Lewis Holtby beraksi baik selaku attacking midfielder. Percaturan Huub Stevens meletakkan 2 defensive midfielder dilihat kurang berkesan dengan kepulangan midfielder kreatif Arsenal Jack Wilshere. Namun, pemain turut mencuri tumpuan pastinya Vito Mannone yang berjaya menampilkan aksi terbaik menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Schalke sepanjang perlawanan.

MAN OF THE MATCH : THE WALCOTT

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply