[UCL] ARSENAL BERTANDANG KE VELTINS ARENA, GELSENKIRCHEN

Arsenal yang dipalit duka tewas 2-1 kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu bakal berdepat tugas sukar apabila bertandang ke kubu keramat Schalke 04 di Veltins Arena, Gelsenkirchen, Jerman awal pagi nanti. Schalke 04 kini gah memimpin kumpulan B dengan perbezaan satu mata mengatasi Arsenal selepas berjaya menundukan The Gunners 2-0 di Stadium Emirates dua minggu lalu.

Arsenal terbang ke Gelsenkirchen tanpa Wojciech Szczesny, Abou Diaby dan Kieran Gibbs sementara Aaron Ramsey turut terlepas aksi menetang Schalke 04 kerana mengalami kecederaan groin semasa perlawanan menentang Man United. Oxlade-Chamberlain sekali lagi diketepikan kerana belum pulih dari kecederaan pinggang dan dijangka kembali dalam perlawanan menentang Fulham, 18 November ini.

Arsène Wenger bakal mempertaruhkan Vito Mannone selaku penjaga gawang manakala Per Mertesacker dan Laurent Koscielny mengemudi benteng tengah dengan di bantu oleh Bacary Sagna dan Thomas Vermaelen selaku bek kanan dan kiri.

Arteta-Wilshere-Cazorla pula menjadi nadi di bahagian tengah dengan Walcott dan Podolski bakal bertindak di bahagian sayap dengan Giroud bakal menjadi center foward.

Sementara itu, Schalke 04 bebas dari kecederaan dijangka akan menurunkan skuad utama dalam pertemuan menentang Arsenal ini. Huub Stevens bakal meletakan harapan yang tinggi kepada penyerang prolifiknya, Klaas-Jan Huntelaar untuk merobek gawang Arsenal dengan dibantu oleh Ibrahim Afellay dan Jefferson Farfan di bahagian sayap sementara Roman Neustadler, Lewis Holtby dan Marco Hoger menguasai di bahagian tengah.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 7 November 2012

Waktu : 3.45 malam (waktu Malaysia)

Venue : Veltins Arena, Gelsenkirchen

Pengadil : Nicola Rizzoli

Ramalan : Schalke 04 (1) vs Arsenal (2)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal berjaya merekodkan kemenangan terbesar 7-0 di pentas Eropah  ke atas Slavia Prague pada October 2010 yang juga merupakan kemenangan kedua terbesar dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
  • Schalke 04 kini menduduki tempat kedua dalam Bundesliga dan belum pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini.
  • Arsenal hanya memenangi 3 daripada 13 perlawanan terakhir di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
  • Schalke 04 hanya sekali tidak bolos dalam 14 perlawanan di tempat sendiri dalam kejohanan Eropah.
  • Arsenal hanya melakukan 22 percubaan setakat ini, paling sedikit berbanding pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
  • Kelab Jerman ini berjaya memenangi 10 kali dan 4 seri dalam dalam 15 perlawanan terakhir dalam kejohanan Eropah.
  • Santi Cazorla merupakan pemain yang paling banyak menjaringkan gol dari luar kotak penlati dengan 8 daripada 10 gol berbanding dengan pemain-pemain lagi dalam liga-liga di Eropah sejak Ogos 2011.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply