[SERIE A] INTER MILAN LEBURKAN REKOD TANPA KALAH JUVENTUS

Inter Milan cemerlang menewaskan juara bertahan Serie A, Juventus 1-3 di tempat lawan semalam sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah The Old Lady selepas 49 perlawanan. Dua jaringan Diego Milito dan satu gol daripada Rodrigo Palacio memadam jaringan pendahuluan Arturo Vidal seawal 48 saat perlawanan bermula. Kemenangan ini mengukuhkan Nerazzurri di kedudukan kedua liga satu mata di belakang Juventus dengan 28 mata selepas 11 perlawanan.

Pengendali Juventus, Antonio Conte menurunkan skuad terbaiknya dengan meletakkan 3 pertahanan Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini serta 2 wing back iaitu Kwadwo Asamoah dan Stephan Lichtsteiner sementara Andrea Pirlo pula bertindak selaku defensive midfielder. Arturo Vidal dan Claudio Marchisio memainkan peranan selaku attackig midfielder mencipta ruang buat 2 penyerang, Mirko Vučinić dan Sebastian Giovinco.

Begitu juga di kem Inter, Andre Stramaccioni turut menggunakan taktikal yang sama dengan mempertaruhkan Walter Samuel, Matías Silvestre dan Andrea Ranocchia selaku gandingan 3 pertahanan dibantu oleh 2 wing back, Yuto Nagatomo dan Javier Zanetti. Bahagian tengah pula diterajui oleh Walter Gargano dan Estaban Cambiasso sebagai nadi di bahagian defensive midfielder sementara Rodrigo Palacio dan Antonio Cassano bertindak selaku attacking midfielder manakala Diego Milito kekal selaku targetman.

Juventus bermula garang dengan mendahului seawal minit pertama menerusi gerakan pantas Asamoah dari sebelah kiri yang melarikan bola sebelum melakukan hantaran lintang yang pantas disambar oleh Vidal. Pasukan Old Lady terus mengasak menerusi Pirlo hasil umpanan Marchisio sebelum melakukan rembatan kencang namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Inter, Samir Handanovic pada minit ke-7.

Nerazzurri hampir menyamakan kedudukan namun jaringan Palacio dibatalkan kerana offside pada minit ke-12. Percubaan Cassano pada minit ke-20 pula sedikit tersasar meskipun Gianlugi Buffon sudah tertewas. Kesilapan Nagamoto pada minit-minit akhir separuh masa pertama nyaris mengundang padah namun Handanovic cemerlang menyelamatkan keadaan.

Perlawanan terus rancak sebaik perlawanan bersambung dengan Bonucci turut melakukan percubaan namun diselamatkan oleh penjaga gol Inter. Cassano sekali lagi hampa apabila percubaannya berjaya dinafikan oleh Buffon pada minit ke-56. Inter Milan akhirnya dihadiahkan sepakan penalti selepas Milito dijatuhkan oleh Marchisio pada minit ke-58 dan Milito tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut.

Rentak perlawanan kembali perlahan dengan sikap berhati-hati kedua-dua pasukan. Nerazzuri akhirnya di depan apabila Milito bijak menyambar bola muntah selepas rembatan kencang Fredy Guarin ditepis oleh Buffon pada minit ke-76. Juventus hampir memperolehi gol penyamaan namun percubaan cantik Pirlo berjaya diselamatkan oleh Handanovic pada minit ke-81.

Nicklas Bendtner pula terlepas peluang mencatat nama selaku penjaring gol apabila sepakan lencongnya sedikit tersasar. Penjaga gol Inter, Handanovic terus cemerlang menafikan percubaan Asamoah pada minit ke-88. Seminit kemudian, Palacio mudah menyempurnakan hantaran Nagatomo untuk gol ketiga pelawat sekaligus menutup sisa-sisa harapan Juventus untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada 50 perlawanan.

Percaturan taktikal Andre Stramaccioni dengan meletakkan dua holding midfielder berjaya mengekang pergerkan Marchisio dan Vidal yang gemar melakukan larian-larian. Kemasukan Martin Caceres, seorang pemain center back mengantikan Lichtsteiner yang menerima kad kuning memberi kelebihan buat Inter Milan. Nagatomo dilihat effektif apabila banyak melakukan larian overlapping yang banyak menekan Caceres.

Pengaruh Pirlo di bahagian tengah sedikit pudar di sebalik persembahan mantap oleh Cassano dan Pallacio. Pertahanan Juventus tidak beraksi dengan baik apabila gagal mengekang asakan-asakan serta hantaran-hantaran cantik daripada bahagian tengah dan sayap Inter Milan. Kemasukan Bendther mengantikan Vucinic gagal memberi impak besar kepada bahagian serangan Juventus.

This entry was posted in Seria A and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply