[PIALA AFF] MISI HIDUP MATI MALAYSIA MENENTANG LAOS

Pertemuan menentang Laos malam ini bakal menjadi penentu hala tuju Harimau Malaya dalam usaha untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2012. Skuad bimbingan Datuk K. Rajagopal turun dengan misi mencari kemenangan mutlak bagi menghidupkan peluang untuk mara ke separuh akhir selepas kekalahan memalukan di tangan 0-3 Singapura dalam perlawanan pertama Ahad lalu.

Di sebalik kritikan dan komen-komen pedas yang diterima oleh K. Rajagopal, namun pengendali skuad kebangsaan itu tetap optimis mampu mengulangi pencapaian 2 tahun lalu di mana Malaysia turut dibelasah 5-1 oleh tuan rumah Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF 2010. Namun, selepas itu Malaysia berjaya mempamerkan kebangkitan termasuk menewaskan juara bertahan Piala AFF 2008, Vietnam di separuh akhir.

Pengendali berusia 56 tahun berharap agar pemain-pemain Harimau Malaya melupakan kekalahan kepada Indonesia sebalik memberi fokus dalam pertemuan menentang Laos malam ini yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jepun, Kokichi Kimura. Malaysia dijangka tidak berdepan lalu mudah selepas Laos berjaya mempamerkan kebangkitan luar biasa pada edisi kali ini termasuk ketika mengikat Indonesia 1-1.

ANALISIS MALAYSIA VS SINGAPURA

Prestasi Harimau Malaya ketika menentang Singapura bukanlah merupakan prestasi terburuk dengan pemain seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali beraksi dengan baik. Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha tidak mendapat sokongan yang cukup daripada pemain defensive midfielder (Amar Rohaidan) dan barisan pertahanan untuk menjana serangan ke kubu The Lions.

Namun kesilapan daripada beberapa pemain khususnya benteng pertahanan menyaksikan Malaysia melepaskan 3 gol mudah kepada negara jiran, Singapura. Barisan pertahanan negara dilihat sering hilang fokus dan gagal untuk mengekang kelibat penyerang-penyerang Singapura.

Khairul Fahmi pula gagal beraksi di tahap sebenar termasuk melakukan kesilapan menyaksikan Singapura berjaya memperolehi gol ke-2 dalam perlawanan Ahad lalu.

Amar Rohaidan paling tidak berfungsi di mana gandingan mantapnya bersama Safiq Rahim dua tahun lalu berjaya membantu Malaysia menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2 tahun lalu di bumi Indonesia. Namun, dalam perlawanan Ahad lalu pemain tengah yang beraksi Kedah itu gagal menjadi nadi di bahagian tengah dan memberi sokongan yang jitu kepada Safiq Rahim.

Sementara itu, gerakan di bahagian sayap menerusi S. Kunalan dan Khyrill Muhymeen pula mudah dibaca oleh pertahanan lawan dan gagal memberi ancaman untuk mengucar-kacirkan pertahanan Singapura. Bahagian pertahanan Singapura dilihat lebih tenang dan kental dalam menyerap setiap asakan daripada pasukan Malaysia.

FORMASI PILIHAN – MISI MENYEKAT SERANGAN BALAS PANTAS LAOS

Dalam perlawanan hidup mati menentang Laos ini, tiada jalan kedua selain daripada memenangi perlawanan malam ini. Namun, aspek percaturan taktikal dilihat bakal menjadi kunci utama keputusan perlawanan malam ini. Dengan Laos dijangka akan lebih bertahan sambil mengharapkan serangan balasa pantas menerusi bahagian sayap atau hantaran jauh bagi memerangkap barisan pertahanan Malaysia. Ini merupakan formasi pilihan admin untuk perlawanan menentang Laos malam ini.

Taktikal dilihat sebagai antara taktikal berkesan dalam menghadapi corak permainan serangan pantas yang sering digunakan oleh kelab-kelab di Itali seperti Juventus, AC Milan, Inter Milan dan sebagainya. Dengan meletakkan gandingan 5 pertahanan dengan bahagian bek kiri dan kanan memainkan peranan yang lebih selaku wing back bagi membantu bahagian serangan.

Dengan gandingan Fadhli Shas, Aidil Zafuan dan Faizal Muhamad diberi tugas untuk bertindak selaku back three di bahagian pertahanan. Aidil Zafuan turut diberi peranan untuk naik ke atas bagi membantu menghasilkan gol untuk pasukan Malaysia lantaran bekas kapten kebangsaan itu memiliki kemampuan untuk melakukan larian dan melepaskan rembatan jarak jauh yang padu. Aidil juga bakal memainkan peranan selaku defensive midfielder bagi mengunci key player pasukan Laos.

Sementara itu, Azmi Muslim dan Bunyamin Umar/Mahali Jasuli bakal memain peranan besar selaku wing back membantu serangan di bahagian sayap dengan melakukan hantaran-hantaran silang khususnya untuk Safee Sali yang memiliki kelebihan melakukan jaringan menerusi tandukan. Safiq Rahim pula kekal bertindak selaku playmaker bagi menjana serangan di bahagian tengah.

Di bahagian sayap pula kekal diterajui oleh S. Kunalan dan Wan Zack Haikal yang turut memain peranan selaku wide midfielder yang turut berperanan melakuan hantaran-hantaran lintang atau throuh pass yang memerangkap pertahanan Laos. Namun kedua-dua pemain ini dilihat boleh memberi impak yang lebih lantaran turut menerima sokongan daripada wing back (Azmi dan Bunyamin).

Kehilangan Mat Yo yang mungkin diketepikan kerana kecederaan pula mungkin boleh diisi oleh bekas kapten Harimau Muda, Badrol Bakhtiar bertindak selaku advance foward yang dilihat mampu melakukan gerakan-gerakan lincah dan larian-larian mengelirukan bagi merobek benteng Laos dengan Safee Sali kekal selaku targetman.

Incoming search terms:

  • syafik rahim tak turun piala zuzuki
This entry was posted in Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply