[PIALA AFF] HARIMAU MALAYA BAHAM LAOS 4-1

Harimau Malaya kembali bangkit selepas dikritik hebat ekoran kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 apabila membaham Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Kemenangan ini kembali menghidupkan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir namun perlu menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan B pada Sabtu ini.

Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal melakukan sedikit rombakan dengan menurunkan Farizal Marlias selaku penjaga gawang selepas Khairul Fahmi gagal beraksi cemerlang dalam perlawanan pertama lalu. Adill Zafuan dan Fadhli Shas terus bergandingan di bahagian pertahanan tengah sementara Azmi Muslim pula beraksi di posisi bek kiri dan Mahali Jasuli mengisi posisi bek kanan mengantikan Bunyamin Umar.

Bahagiang tengah pula dikuasai oleh Safiq Rahim yang bertindak selaku attacking midfielder manakala Shakir Shaari mengambil alih tugas defensive midfielder daripada Amar Rohaidan. Wan Zack Haikal pula diturunkan mengantikan Khyrill Muhymeen selaku sayap kanan dan S. Kunalan kekal selaku pemain sayap kiri. Norshahrul Idlan pula kekal selaku advance foward bergandingan dengan Safee Sali selaku targetman.

Harimau Malaya bermula garang dengan mengasak pertahanan Laos bertubi-tubi menerusi gandingan Mat Yo dan Safee Sali dengan dibantu oleh Safiq Rahim, Wan Zack dan S. Kunalan. Safee Sali melakukan percubaan pertama seawal minit ke-11 namun sedikit tersasar manakala hantaran S. Kunalan kepada Safee Sali gagal disempurnakan dengan baik seminit kemudian.

Kelincahan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha memaksa pemain pertahanan Laos menjatuhkannya di hadapan kotak penalti. Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tidak mensia-siakan peluang apabila melepaskan satu sepakan lencong yang cantik menewaskan penjaga gol Laos, Sengphachan Bounthisanh pada minit ke-15.

Harimau Malaya terus mengasak dengan disajikan beberapa peluang terbaik namun gagal disempurnakan untuk Malaysa terus selesa di hadapan. Kesilapan Safiq Rahim yang melakukan hantaran dimanfaatkan sebaiknya oleh Khonesavanh Sihavong yang melakukan percubaan yang membias kaki Aidlil Zafuan lalu menerjah gawang Malaysia pada minit ke-39.

Separuh masa kedua bermula dengan K. Rajagopal melakukan pertukaran memasukan Zubir Azmi mengantikan Azmi Muslim. Malaysia terus ghairah menambah jaringan menerusi gerakan cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-54 namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Laos. Enam minit berselang, Pemain Muda Terbaik Liga-S, Wan Zack Haikal turut melakukan percubaan berani namun gagal menemui sentuhan gol.

Peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-63 namun free header Safee Sali susulan hantan lintang Mahali Jasuli sedikit tersasar. Safee Sali akhirnya berjaya menemui sentuhan golnya apabila mudah menolak masuk hantaran lintang Wan Zack pada minit ke-67 untuk Malaysia kembali mendahului 2-1.

Wan Zack Haikal terus mempamerkan kecemerlangan apabila menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-79.

Selesa mendahului 3-1, K. Rajagopal mengeluarkan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha digantikan dengan Khyrill Muhymeen dan Badrol Bakhtiar.

Khyrill Muhymeen terus menambah derita Laos apabila melakukan gerakan solo 4om sebelum melepaskan satu rembatan kaki kanan menewaskan Sengphachan Bounthisanh untuk Malaysia mendahului 4-1. Walaupun Malaysia terus mengasak bertubi-tubi kubu Laos namun gagal menambah jaringan. Kemenangan ini bakal memberi tonik buat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi menentang Sang Garuda 1 Disember ini.

Incoming search terms:

  • malaysia aff suzuki cup 2012
  • pemain harimau malaya aff suzuki 2012
  • foto harimau malaya
This entry was posted in Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply