[PERSPEKTIF] WENGER HAMBUR PUJIAN KEPADA ALEX FERGUSON

Arsene Wenger memuji rakan sejawatnya di Old Trafford, Sir Alex Ferguson selepas menerima penghargaan daripada kelabnya. Manchester United telah memberi penghargaan kepada Sir Alex Ferguson yang kini berusia 70 tahun, untuk sumbangannya selama 26 tahun dalam bentuk patung dengan nama beliau di gelanggang keramat The Red Devil.

Meskipun sering bersaing dengan Alex Ferguson selama 16 tahun di Arsenal tetapi Arsene Wenger masih menghargai pengurus berbangsa Scotland itu dan menyatakan bahawa sesiapa pun amat sukar untuk menggantikannya.

Pengurus berbangsa Perancis itu telah berkata: “Saya tidak rasa yang pengurus lain dapat kekal di tahap tertinggi untuk tempon sebegini lama.”

“Ia amat mengagumkan kerana jika beliau meninggalkan kelab, ia amat sukar untuk pengantinya mencapai apa yang dibuat beliau.

“Kelab ini (Man United) akan terjejas dengan pemergian beliau kerana Ferguson terlibat dengan hampir ke semua aspek di Manchester United. Beliau adalah ikon dan wira kelab ini.”

“Apa yang saya kagumi tentang Ferguson adalah fikiran jangka masa panjang beliau yang sering berkesan. Beliau tahu yang perubahan harus berlaku jika ingin terus berjaya dan tidak terjejas oleh pencapaian lama.”

“Beliau sering dahagakan kejayaan dan Ferguson telah melancarkan perubahan dengan penuh keyakinan. Kerjaya sebagai pengurus memerlukan pengorbanan yang besar dan Ferguson telah melakukannya demi bola sepak.”

Alex Ferguson telah menang kejuaraan Liga pertama dengan United pada tahun 1993 sebelum meraihnya 11 kali lagi dan juga telah mendorong kemenangan United dalam Liga Juara-Juara dua kali termasuk lima kemenangan Piala FA.

Ryan Giggs, pemain veteran yang penting dalam pasukan United juga memuji Ferguson dan berkata : “Beliau adalah seorang yang hebat. Walaupun beliau mengurus kelab terbesar di dunia, beliau masih meluangkan masa untuk pemain muda atau mereka yang bermasalah.

“Beliau adalah pengaruh utama dalam kerjaya saya.”

Wira England, David Beckham yang telah bermain di bawah arahan Ferguson dan meraih kejuaraan liga enam kali sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2003 juga mempunyai pendapat yang sama.

“Saya rasa Ferguson sering mencapai kejayaan kerana beliau amat bersemangat dalam kerjaya beliau,” kata David Beckham.

“Beliau tahu apa yang perlu dibuat untuk menang perlawanan dan sedar bagaimana untuk mengharungi tekanan sambil menjaga pasukan dan pemain beliau. Saya menganggapnya sebagai bapa dalam masa saya di Manchester United.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply