[PERSPEKTIF] THEO WALCOTT MILIKI KUALITI SEORANG PENYERANG – WENGER

Theo Walcott sememangnya memiliki naluri dan sentuhan penyudah yang baik untuk menjadi seorang penyerang yang berjaya akui Arsène Wenger. Pemain antarabangsa England itu meledak hatrik Selasa lalu ketika membantu The Gunners mempamerkan kebangkitan menakjubkan menewaskan Reading 5-7 di Stadium Madejski dalam pusingan ke-5 Piala Capital One.

Dua jaringan Walcott pada masa kecederaan berjaya menaikan semangat rakan-rakan sepasukan untuk mempamerkan kebangkitan luar biasa menewaskan anak-anak buah Brian McDermott. Pemain berusia 23 tahun itu beberapa kali meluahkan keinginannya supaya diletakkan selaku center foward dan Wenger sendiri turut mengakui kemampuan Theo Walcott.

“Saya sentiasa berkata dia boleh menjadi seorang penyerang di mana kami berada dalam nada yang sama,” kata pengurus Arsenal itu.

“Pertama sekali, dia kini memiliki sentuhan penyudah yang lebih baik – di mana cara dia menjaringkan gol pertama (menentang Reading). Kedua, saya percaya dia tahu di mana dia patut berada di dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol.”

“Saya sangat sukakannya – kualiti yang diperlukan oleh seorang penyerang yang tidak boleh dijual-beli. Dia memiliki kualiti yang sangat baik dan dia cukup cemerlang.”

“Saya sentiasa mahu mengekalkannya. Dengan perbincangan kontrak yang masih berjalan, saya memberi pujian kepadanya kerana komitmen yang ditunjukan bersama kami,” kata Arsène Wenger lagi.

Sementara tu, Andrey Ashavin turut memuji persembahan mantap yang dipamerkan oleh Walcott ketika menentang Reading tempoh hari. Playmaker Rusia menjadi nadi Arsenal di bahagian tengah ketika membantu Arsenal menewaskan The Royals, Selasa lalu. Bagi Arshavin, dua jaringan Walcott pada setiap separuh masa sangat penting bagi kebangkitan Arsenal.

“Saya rasa ia (gol) sangat penting di mana kami berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Gol itu sangat membantu kami,” kata Andrey Arshavin baru-baru ini.

“Kami menunjukan semnagat melawan yang luar biasa daripada ketinggalan 4-0. Dan kami bertuah dapat menyamakan kedudukan (menerusi jaringan Walcott) pada masa-masa kecederaan.”

“Jujurnya, saya tidak fikir kami mampu menyamakan jaringan dan saya berharap akan mendapat peluang dan Tuhan membantu kami untuk mengikat kedudukan. Tuhan membantu kami bagaimana kami menjaringkan gol pada masa kecederaan,” akui pemain tengah Rusia itu lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply