[PERSPEKTIF] SAYA CUBA MENJADI KAPTEN YANG BAIK – VERMALEN

Thomas Vermaelen mengatakan bahawa disiplin menjadi sebahagian kunci utama menjadi kapten Arsenal dengan memberi contoh teladan yang terbaik kepada rakan-rakan sepasukan yang lain. Pertahanan antarabangsa Belgium memakai lilitan kapten selepas pemergian bekas penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persie yang menyertai Man United pada Ogos lalu.

Pemain berusia 27 tahun pernah mengalas tugas selaku kapten pasukan Ajax Armsterdam dan skuad kebangsaan Belgium. Thomas Vermaelen menegaskan bahawa pendekatan yang digunakan adalah mudah dengan dibantu oleh pemain-pemain senior dalam pasukan.

“Sebagai kapten perlulah memberikan 100% untuk kelab di atas padang, itu yang paling utama,” kata Vermalen kepada Official Arsenal Magazine.

“Kapten pasukan perlu memberi contoh yang baik dan lebih berdisiplin. Tetapi setiap kaptenĀ  memainkan peranan berbeza – sebahagian banyak bercakap semasa di bilik persalinan, sebahagiannya bercakap secara individu dan cuba membantu pemain-pemain muda.”

“Saya cuba melakukan yang terbaik sedaya mungkin, memberi contoh yang terbaik di dalam dan di luar padang. Robin (van Persie) melakukan tugasnya dengan baik musim lalu dan saya cuba meneruskan kesinambungannya.”

“Saya cuba untuk berdisiplin, mengikuti setiap peraturan dan memastikan rakan-rakan sepasukan melakukan perkara yang sama. Kami seperti sebuah pasukan kecil, memastikan semua orang melakukan perkara yang betul dan cuba membantu antara satu sama lain.”

Vermaelen mengatakan semenjak memainkan peranan sebagai seorang kapten menjadikan dirinya memiliki kepentingan yang lebih besar di England berbanding negara-negara lain, sesuatu yang dinikmati oleh pertahanan antarabangsa Belgium itu.

“Jadi ia berbeza, tetapi England adalah sebuah negara penuh tradisi dan saya fikir itulah satu perkara yang baik. Saya sangat suka bahawa kapten dianggap benar-benar penting, dan saya sangat bangga untuk mempunyai kedudukan ini di Arsenal kerana ia adalah satu penghormatan yang besar,” kata pertahanan berusia berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply