[PERSPEKTIF] LUKAS PODOLSKI PERLUKAN MASA UNTUK MENYERLAH

Arsène Wenger melaungkan keyakinannya bahawa penyerangnya, Lukas Podolski akan mencapai prestasi terbaiknya dan mengakui penyerang terbaik sekalipun memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris. Pemain antarabangsa Jerman itu mengharungi permulaan yang sukar bersama Arsenal dengan menjaringkan 4 gol dan 3 assist dalam 14 perlawanan setakat ini.

Pengurus Arsenal itu mengalu-alukan sumbangan Podolski bersama The Gunners setakat ini dan percaya penyerang berusia 27 tahun itu belum mencapai tahap terbaiknya. Musim lalu, Podolski menjaringkan 18 gol daripada 31 perlawanan bersama FC Koln.

“Dia (Podolski) bermula dengan baik dan berkerja keras,” kata pengurus Arsenal.

“Dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini dia tidak cukup cergas kerana mengharungi jadual perlawanan yang padat. Dia tidak pernah bermain di tahap ini sebelum ini.”

“Apabila seorang pemain baru itu tiba di England, (mereka) mengalami kejutan. Robert Pires ketika (pertama kali) tiba, dalam perlawanan pertamanya saya meletakkannya di bangku simpanan menetang Sunderland.”

“Sebagai contoh ketika menentang Man United, di mana kami bermain tidak bagus. Tetapi kualiti permaian fizikal sangat diluar jangkaan,” kata Arsene Wenger lagi.

Pemain antarabangsa Jerman berusia 27 tahun itu dibawa oleh Arsene Wenger dari kelab Jerman, FC Koln dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta. Setakat ini, Lukas Podolski tampil selaku pemain ke-6 memiliki caps paling banyak bersama skuad kebangsaan Jerman degan 105 caps sejak mula beraksi pada 6 Jun 2004.

“Podolski akan menyesuaikan diri, saya tidak risau mengenainya. Dia memiliki semangat yang kuat dan dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik. Sudah tentu dia cuba melakukan yang terbaik untuk membantu kelab.”

“Dia boleh beraksi di bahagian tengah dan sebagai penyerang kedua. Dan sebab tiu saya membawanya ke sini.”

“Saya membawanya dengan idea di mana kami memerlukannya beraksi di bahagian tengah. Saya sukakannya dan dia sangat berguna kepada pasukan kami,” kata Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply