[PERSPEKTIF] LUKAS PODOLSKI MAHU BERAKSI DI BAHAGIAN TENGAH SERANGAN

Lukas Podolski mengakui dirinya lebih gemar untuk beraksi di bahagian tengah serangan berbanding bahagian sayap sebelum ini. Pemain antarabangsa Jerman itu mengikut jejak langkah Theo Walcott yang mahukan diturunkan di posisi center foward. Sehingga kini, Podolski sudah menjaringkan 4 gol dan menghasilkan 3 assist dalam 14 perlawanan bersama Arsenal.

Terdahulu, Walcott secara terbuka memberitahu bahawa dia mahu diberi peluang beraksi di posisi asalnya selaku center foward dan yakin mampu memberikan persembahan yang lebih baik. Musim ini, Arsenal menghadapi masalah di bahagian serangan ekoran pemergian penyerang prolifik, Robin van Persie pada Ogos lalu. Sementara itu, Olivier Giroud masih tercari-cari rentak untuk menjadi penyerang yang digeruni.

“Saya lebih cenderung bermain di bahagian tengah hadapan (serangan),” kata Lukas Podolski.

“Beraksi di bahagian sayap, saya perlu melakukan tugas-tugas bertahan dan terpaksa berlari turun naik. Saya bukan seorang pemain sayap yang sebenarnya.”

Peluang untuk Lukas Podolski beraksi di bahagian tengah serangan tampak sukar dan bergantung jika Olivier Giroud mengalami kecederaan atau gagal menemui sentuhan gol.

Lukas Podolski merupakan seorang pemain center foward dengan menjaringkan 18 gol daripada 31 perlawanan bersama FC Koln musim lalu.

Namun, Podolski beraksi di posisi sayap kiri ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Jerman. Bekas Bayern Munich dan FC Koln ini mengatakan dirinya gembira dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dan bola sepak di England tetapi mengakui belum mampu memberi impak yang besar kepada Arsenal.

“(Kehidupan) di Arsenal jelas berbeza, di negara dan kelab yang lain. Saya terasa keseorangan (di sini) tetapi saya mendesak untuk diri saya – saya mahu beraksi lebih baik (untuk Arsenal),” kata penyerang berusia 27 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply