[PERSPEKTIF] PER MERTESACKER SUDAH MENEMUI SENTUHAN DI ENGLAND

Per Mertesacker mengakui dirinya semakin dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan fizikal dalam bola sepak Inggeris sejak menyertai The Gunners pada jendela perpindahan musim panas 2011. Pertahanan berusia 28 tahun menerima kritikan pada musim pertama beraksi di Liga Perdana Inggeris selepas gagal menampilkan persembahan yang konsisten.

Kini, pemain antarabangsa Jerman itu membuktikan bahawa kehadiranya di Emirates sememangnya diperlukan bagi mengukuhkan lagi barisan pertahanan The Gunners dengan mempamerkan peningkatan setiap perlawanan. Mertesacker turut berjaya menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal selepas 38 perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspurs dua minggu lalu.

“Ia sangat sukar pada musim pertama di mana saya cuba untuk menyesuaikan diri dengan banyak perkara baru di Arsenal. Kini, saya berasa lebih yakin dengan situasi di atas padang,” kata Per Mertesacker kepada ESPN.

“Lebih banyak corak permainan fizikal di England berbanding di Bundesliga (Jerman). Saya perlu mengubah pemikiran saya terutama ketika melakukan terjahan dan melindungi rakan pertahanan yang lain.”

“Ini merupakan satu peningkatan yang besar bagi saya selepas setahun bersama Arsenal. Tidak hairanlah mengapa pemain-pemain lain juga memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.”

“Kami berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan dan kami mengawal pertahanan dengan baik. Kami memerlukan perlawanan yang lebih hebat untuk mendapatkan kembali keyakinan kami,” kata bekas pertahanan Werder Bremen itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply