[PERSPEKTIF] PER MERTESACKER GEMBIRA JARINGKAN GOL UNTUK ARSENAL

Per Mertesacker tidak dapat menyembunyikan kegembiraanya apabila menanduk masuk hantaran lintang Theo Walcott untuk gol pertama Arsenal ketika membantu kemenangan 5-2 dalam perlawanan North London Derby pada Sabtu lalu. Jaringan itu juga merupakan gol pertama pertahanan tinggi lampai Jerman selepas 36 perlawanan sejak menyertai Arsenal pada 31 Ogos tahun lalu.

Pertahanan antarabangsa Jerman ini tiba di Stadium Emirates dari kelab Bundesliga, Werder Bremen dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta. Per Mertesacker turut gembira dengan kehidupan di London setakat ini.

“Ia sangat hebat sejak perlawanan bermula,” kata Mertesacker kepada Arsenal Player.

“Sangat bagus untuk saya menjaringkan gol kerana apabila saya berada di atas, rakan lain terpaksa turun ke bawah. Saya akan berada di dalam kotak dan mencuba nasib.”

“Bola itu datangnya dari Theo yang sangat bagus dan ini merupakan hari yang baik untuk (saya) menjaringkan gol.”

“Kami seakan-akan tertidur terutama pada awal perlawanan. Dan jaringan pertama itu membantu menyedarkan kami. Kad merah ke atas Adebayor mungkin menjadi kunci utama perlawanan itu. Kami mengambil kesempatan, menjaringkan gol dan semua orang gembira.”

Musim lalu, Arsenal turut berjaya mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan 2-0 sebelum menewaskan Spurs 5-2 dan Mertesacker berharap agar perlawanan ini dapat memberi kesan yang posistif dalam perlawanan yang akan datang. The Gunners mengharungi prestasi yang tidak menentu dan kemenangan ke atas Spurs menjadi tonik terbaik kebangkitan Arsenal.

“Ia sama seperti musim lalu, jadi kami akan meneruskannya untuk menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (menentang Montpellier),” kata pertahanan berusia 28 tahun itu.

“Kami mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan ia sangat bagus untuk pasukan di mana kami berusaha setiap perlawanan. Ini merupakan perkara yang baik untuk pasukan dan berharap dapat memberikan kekuatan untuk kami menghadapi perlawanan mendatang,” kata Mertesacker lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply