[PERSPEKTIF] PEMAIN TEMPATAN LEBIH SETIA – WENGER

Arsene Wenger sememangnya terkenal dengan polisi mengunakan bakat-bakat muda dan pemain-pemain tidak dikenali menjadi bintang bertaraf dunia. Kebanyakan pemain-pemain yang dibawa oleh Wenger menyertai The Gunners berasal dari Perancis atau Afrika berbanding sedikit sahaja pemain-pemain muda Inggeris yang mengukir nama bersama skuad Arsenal pada era awal Arsene Wenger.

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini pengurus berbangsa Perancis itu sudah mula menggunakan bakat-bakat muda tempatan bagi mengukuhkan pasukan Arsenal.  Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain, Kieran Gibbs dan Jack Wilshere antara pemain-pemain muda Inggeris yang menyinar bersama The Gunners.

Pengurus berusia 63 tahun ini mula mendapat manfaat daripada usaha pembangunan pemain-pemain muda Inggeris. Le Prof turut mengakui pemain-pemain tempatan lebih cenderung memiliki kesetiaan yang tinggi kepada kelab.

“Jika ada pemain tempatan yang berkualiti, ia sangat bagus untuk Arsenal. Pemain tempatan lebih cenderung memiliki kesetiaan yang lebih tinggi berbanding pemain-pemain asing,” kata Arsene Wenger.

“Keadaan ini akan memberi lebih kestabilan kepada pasukan. Namun, kami tetap mengutamakan kualiti seseorang pemain sebagai pertimbangan utama,” kata pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply