[PERSPEKTIF] LAYANGAN KAD KUNING KEDUA TIDAK WAJAR – WENGER

Arsène Wenger mengakui pasukan bimbingannya sememangnya patut untuk tewas kepada Manchester United di Old Trafford namun dia tidak menerima layangan kad kuning kedua terhadap pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere. Pemain muda Arsenal berusia 21 tahun itu menerima kad kuning kedua selepas mengasari pertahanan United, Patrice Evra pada minit ke-69.

“Ia tidak sepatutnya berlaku,” kata Wenger mengulas mengenai insiden layangan kad merah kepada Jack Wilshere kepada SkySports HD.

“Saya melihat sekali lagi (ulang tayang), dia (Wilshere) mengejar bola yang itu dengan laju dan bertembung dengan Evra lalu pengadil memberikan kad kuning kedua.”

“Sudah tentu keputusan itu membunuh perlawanan. Bagi saya itu satu cabaran bola yang bersih.”

“Jika dia (Mike Dean) melayangkan kad merah kepada Wilshere, dia juga sepatutnya melayangkan kad merah kepada Robin van Persie kerana terjahan keras terhadap Sagna dan menyepak bola ke gawang (selepas pengadil mengangkat bendera offside),” kata pengurus Arsenal itu lagi.

Terdahulu, Wilshere menerima kad kuning pertama pada minit ke-14 kerana melakukan terjahan dari belakang terhadap pemain tengah United, Tom Cleverley dan turut menerima amaran lisan terakhir ketika menjatuhkan Robin van Persie pada minit ke-54. Kali terakhir Jack Wilshere dilayangkan kad merah pada 16 Oktober 2010 kerana melakukan terjahan keras terhadap Nikola Zigic ada minit ke-90.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply