[PERSPEKTIF] KEDUDUKAN KE-4 EPL BUKAN TROFI – GEORGE GRAHAM

Bekas pengurus Arsenal, George Graham kecewa dengan kenyataan Arsene Wenger dan lembaga pengarah Arsenal yang tidak mahu bersaing dengan lebih kompetatif dalam Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah sebaliknya hanya meletakkan sasaran hanya untuk menamatkan di kedudukan keempat terbaik liga sahaja. The Gunners kini mengharungi 7 musim tanpa sebarang kejuaraan sejak kali terakhir memenangi Piala FA pada 2005.

George Graham, 67, merupakan bekas pengurus Arsenal dari 1986 hingga 1995 dengan menjulang pelbagai kejuaraan termasuk 2 kejuaraan Liga Divisyen 1 (1988/99,1990/91), 2 Piala Liga (1986/87,1992/93), 1 Piala FA (1992/93), 1 Perisai Komuniti (1991) dan Piala Juara UEFA (1994) serta naib juara Piala Super Eropah pada 1994. Anak kelahiran Bargeddie, Glasgow pernah beraksi bersama Arsenal sebagai pemain dari 1966 hingga 1972 dengan melakukan 227 penampilan selain pernah bermain bersama Chelsea, Manchester United, Tottengam Hotspurs dan Aston Villa.

Arsenal kini berada di kedudukan ke-8 liga bakal berhadapan dengan musuh setempat, Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. George Graham menegaskan Arsenal tidak boleh meletakkan sasaran sekadar menjadi pasukan ke-4 terbaik Liga Perdana Inggeris sahaja sebalik perlu mensasarkan pencapaian yang lebih baik.

“Masalah utama Arsenal kini ialah sasaran mereka untuk menamatkan saingan liga di kedudukan 4 pasukan terbaik dan bukannya untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris,” kata George Graham.

“Mereka (Arsenal) cukup berpuas hati dengan pencapaian ke-4 liga dan melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah. Saya memahami situasi kewangan sangat penting untuk menamatkan liga di kedudukan ke-4 terbaik tetapi jika Arsenal berjaya mara dengan lebih jauh dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, mereka melakukan pencapaian yang lebih baik.”

“(Arsene) Wenger perlu menilai dirinya dan melihat kenapa dia gagal mencapai kejayaan dan sering dibayangi oleh musuh lamanya, Sir Alex Ferguson di Manchester United.”

“Ferguson membina pasukannya saban tahun dan masih memenangi kejuaraan dan itu yang membuatkan saya sedih dengan Arsenal.”

Di sebalik pembangunan pemain-pemain muda yang dilakukan oleh Arsene Wenger, George Graham mengakui Arsene Wenger masih calon terbaik untuk terus membimbing Arsenal dan mahu pengurus berbangsa Perancis itu lebih bernafsu untuk memburu kejuaraan.

“Tidak, saya tidak fikir Arsenal perlu memecat Wenger. Dia masih antara pengurus terbaik dan paling wajar di Arsenal,” kata bekas pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply