[PERSPEKTIF] KAMI MASIH BERPELUANG DALAM LIGA – WENGER

Arsene Wenger menegaskan bahawa pasukan bimbingannya masih mampu menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris meskipun kini ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City. Arsenal kembali positif apabila berjaya bangkit menewaskan Spurs 5-2 hujung minggu lalu dan menempah tiket ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Montpellier pada Rabu lalu.

Kini Arsenal menduduki kedudukan ke-7 liga dengan meraih 19 mata selepas 12 perlawanan. Pengurus Arsenal ini berdepan dengan kritikan demi kritikan selepas The Gunners memulakan saingan liga musim ini dengan prestasi tidak konsisten dan terburuk sejak musim 1982-83. Namun, Wenger masih melaungkan keyakinan dengan kemampuan anak-anak buahnya.

“Apa yang perlu kami lakukan kini ialah untuk mengekalkan konsistensi sebagai satu peluang dan jika kami dapat mengekalkan konsistensi, kami mampu melakukan kebangkitan untuk menjadi pencabar utama,” kata Arsene Wenger.

“Saya sangat mengalu-alukan keputusan hujung minggu lalu dan jika kami tidak mencicirkan mata, tidak kira apa yang anda lakukan, anda tidak akan kembali dengan perbezaan (yang besar).”

“Kaming mengharungi situasi yang sukar, saya berharap kami dapat mengekalkan konsistensi jika mahu meneruskan kebangkitan.”

Arsene Wenger turut menegaskan bahawa Liga Perdana Inggeris merupakan liga yang paling mencabar di Eropah di sebalik kegagalan Chelsea dan Manchester City yang gagal menyerlah dalam saingan bola sepak Eropah.

“Saya masih menyatakan England adalah yang terkuat (liga di Eropah) kerana di England menjadi idaman setiap pemain beraksi. Selama mungkin, England masih liga yang paling mencabar di Eropah,” kata pengurus berusia 63 tahun ini.

“England masih yang terbaik, jika anda tidak dapat melihat apa yang berlaku di atas padang bagaimana pengalam sangat diperlukan.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply