[PERSPEKTIF] KAMI LAYAK UNTUK TEWAS – WENGER

Arsène Wenger mengakui The Gunners layak untuk tewas kepada Man United sekaligus merupakan kekalahan ke-3 daripada 10 perlawanan setakat ini. Kekalahan ini meletakan Arsenal dikedudukan ke-6 dengan 9 mata di belakang pendahulu liga, United. Pengurus Arsenal itu turut memuji sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong Arsenal.

“Saya benar-benar kecewa dengan keputusan perlawanan dan kami sangat sukar di kawasan final third. Kami menguasai bola tetapi gagal menghasilkan peluang dan pertahanan mereka sangat bagus,” kata Arsène Wenger.

“Itu yang kami lakukan – tidak cukup bagus (untuk memenangi perlawanan). Ketika ini apa yang boleh saya katakan, kami semakin jauh dari kejuaraan.”

“Kami menghadapi perlawanan di tempat lawan yang sukar. Man United, Man City, Liverpool, Stoke City dan kami ketinggalan di belakang.”

“Keputusan yang bagus apabila kami seri 1-1 dengan Manchester City tetapi menentang Man United, pemain kami tidak cukup bagus ketika menyerang.”

“Kami perlu melakukan perubahan terutama bahagian pertahanan di mana kami bermula baik di awal musim.”

Sementara itu, Arsène Wenger memuji sikap penyokong terhadap Robin van Persie dan mengakui sokongan penyokong memberi sedikit kekuatan buat pasukannya.

“Penyokong kami cukup luar biasa. Mereka sentiasa berada di belakang kami,” kata Wenger.

“Mereka meluahkan kekecewaan kerana saya pasti mereka menyayangi Robin van Persie. Saya rasa ia bukan satu tidakan tidak terhormat dan ia lebih kepada kekecewaan kerana dia menyertai United.” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply