[PERSPEKTIF] HARAPAN ARSENAL JULANG KEJUARAAN PUDAR – ADAMS

Pemain lagenda Arsenal, Tony Adams menyatakan bahawa kegagalan pasukan untuk mengekalkan pemain-pemain terbaik menyaksikan peluang Arsenal untuk memenangi kejuaraan semakin tipis. Pemergian Cesc Fabregas, Robin van Persie, Samir Nasri, Alex Song dan ramai lagi beberapa musim kebelakangan ini menyaksikan Arsenal gagal membina skuad yang mantap bagi menamatkan kemarau kejuaraan.

The Gunners mengalami kekalahan ke-3 musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila tumpas 2-1 kepada Man United di Old Trafford, Sabtu lalu sekaligus ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga, United dengan perbezaan 9 mata.

Gol pertama United hadir menerusi bekas penyerang Arsenal, Robin van Persie sebelum Patrice Evra meletakan United selesa 2-0 di hadapan dan Arsenal memperoleh gol saguhati menerusi Santi Cazorla pada minit-minit akhir perlawanan.

“Saya juga tidak ke mana dalam akhir tahun kontrak saya,” kata Tony Adams dalam program BBC Radio FIVE Live’s Sportsweek.

“Mereka membiarkan kontrak pemain berlarutan hingga ke tahun-tahun terakhir sebelum mengadakan perbincangan.”

“Ini tentang kejuaraan dan bagaimana mereka boleh memenanginya? Mereka menjual pemain-pemain terbaik dan jika mereka terus menjual pemain-pemain terbaik, mereka tidak akan memenangi kejuaraan.”

Tony Adams mengakui jika Arsenal berjaya melayak diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menduduki kedudukan 4 teratas, itu merupakan satu pencapaian yang cukup baik Arsène Wenger.

“Jika Wenger berjaya membawa pasukan di kedudukan empat teratas liga, beliau telah melakukan yang terbaik,” Adams menambah.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply