[PERSPEKTIF] GIROUD MAHU BUAT PENYOKONG ARSENAL MELUPAKAN ROBIN VAN PERSIE

Olivier Giroud mensasarkan untuk menjaringkan 15 gol bersama Arsenal musim ini selepas berjaya menutup mulut pengkritiknya. Pemain berusia 26 tahun itu memerlukan masa hampir 2 bulan untuk mendapat sentuhan jaringannya dalam bola sepak Inggeris tetapi yakin mampu menjaringkan gol mencukupi untuk membantu penyokong Arsenal melupakan bekas kapten Arsenal, Robin van Persie.

Penyerang kelahiran Perancis ini berjaya meledak enam jaringan sejak berpindah dari Montpellier musim ini pada harga £13 juta tetapi berkata banyak lagi yang mampu disumbangkannya.

“Saya sudah mula menutup mulut pengkritik. Saya rasa semakin bagus dalam pasukan ini dan saya fikir anda boleh melihatnya,” kata Giroud.

“Tahun lalu, saya menjaringkan 21 gol dalam liga (di Montpellier) dan satu daripadanya menerusi tandukan tetapi memang benar bahawa saya menerima lebih banyak hantaran musim ini.

“Saya sedang cuba membina persefahaman dengan rakan sepasukan baru dan kami cuba mengenali satu sama lain dengan lebih baik.

“Saya gembira jika dapat menjaringkan 12 hingga 15 gol dalam liga musim ini. Saya percayakan kualiti yang dimiliki.”

“Saya tidak mengalah. Bila saya tidak menjaringkan gol pada permulaan musim, saya tetap yakin dan sentiasa berusaha mengukuhkan minda dan permainan. Jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan saya.”

“Saya masih mahu menampilkan lebih banyak aksi terbaik dan menang banyak perlawanan bersama kelab baru. Saya perlu terus menjaringkan gol dan terus berjuang,” kata penyerang kelahiran Perancis itu lagi.

Olivier Giroud yang juga merupakan penyerang dalam skuad kebangsaan Perancis, menjaringkan 2 gol ke atas Fulham, Sabtu lalu dan mendedahkan dia mahu mengambil penalti terakhir yang sepatutnya boleh memastikan mereka menang daripada seri 3-3 tetapi Mikel Arteta bertegas mahu melakukannya dan percubaannya itu berjaya diselamatkan penjaga gol.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply