[PERSPEKTIF] DUO PENYERANG MEMBERI KAMI MOMENTUM – VERMAELEN

Kapten Arsenal, Thomas Vermaelen mengalu-alukan persembahan mantap dua penyerang The Gunners, Olivier Giroud dan Theo Walcott yang kian menemui sentuhan gol. Gandingan Walcott dan Giroud berjaya memberikan 2 gol pendahuluan buat Arsenal di Veltins Arena, Gelsenkirchen pada Rabu lalu sebelum Schalke 04 bangkit menerusi jaringan Huntelaar dan Farfan.

Walcott kini tampil selaku penjaring terbanyak Arsenal dengan 8 gol daripada 14 perlawanan sementara Giroud pula berjaya meledak 4 gol serta tampil selaku pemain Arsenal paling banyak menghasilkan assist setakat ini dengan 7 assist. Pertahanan tengah Arsenal itu mengalu-alukan gandingan dua penyerang itu akan meledak gol menentang Fulham.

“Saya sangat gembira melihat Olivier (Giroud) dan Theo (Walcott) menjaringkan untuk kami,” kata Thomas Vermaelen kepada Official Matchday Programme.

“Olivier kini sudah beraksi secara kerap dan bakal mendapat momentumnya selepas menjadi pilihan kedua sebelum ini. Itu amat baik untuk seorang penyerang, dan dia sudah mula menjaringkan gol dalam semua kejohanan di mana akan memberi impak kepada kami nanti.”

“Bagi Theo pula, kami tahu bahawa dia boleh memberi sesuatu kepada kami – dia cukup pantas dan lincah di atas padang, membuka perlawanan serta memberi masalah kepada pertahanan lawan.”

“Dan kadang-kala apa yang kami perlukan di dalam perlawanan – melakukan lorongan buat dia melakukan larian. Theo sangat berbahaya dengan situasi itu.”

Musim lalu, Vermealen menjaringkan gol sendiri ketika pertemuan menentang Fulham di Stadium Emirates sebelum menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-81 menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata. Pertahanan tengah berusia 26 tahun itu menegaskan Arsenal perlu menjaringkan gol awal bagi membuka perlawanan.

“Mereka (Fulham) melakukan dengan baik musim lalu dan kami tidak akan memberi laluan buat mereka (kali ini),” kata Thomas Vermaelen lagi.

“Kami mengetahui pasukan yang dibimbing oleh Martin Jol bermain dengan baik. Dia pernah membimbing Ajax dan tiba selepas saya meninggalkan (Ajax). Saya tidak tidak tahu banyak mengenai cara kerjanya kecuali dia suka pemain-pemain membuka perlawanan.”

“Ini merupakan perlawanan yang menarik pastinya tetapi semua ini merupakan satu ancaman besar bagi kami dan 3 mata berharga sangat penting,” kata pertahanan berusia 26 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply