[PERSPEKTIF] CAZORLA BERBEZA DENGAN FABREGAS – WILSHERE

Jack Wilshere mengakui impiannya untuk beraksi dengan Santi Cazorla dan percaya perancang Arsenal itu memiliki gaya permainan yang berbeza dengan bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang kembali menyertai kelab remajanya, Barcelona pada 15 Ogos 2011. Santi Cazorla tampil selaku antara pembelian paling menyerlah di Liga Perdana Inggeris setakat ini dengan menjaringkan 4 gol dan menghasilkan 4 assist setakat ini.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 27 tahun itu menjadi nadi kejayaan Arsenal membenam cabaran musuh setempat, Spurs 5-2 di Stadium Emirates kelmarin. Gaya permainan Cazorla menerusi gabungan gerakan mengelirukan dan hantaran tepat serta sentuhan penyudah yang klinikal termasuk menjaringkan 1 gol dan menghasilkan 1 assist.

Jack Wilshere yang kembali menyertai kesebelasan utama The Gunners setelah menjalani pengantungan 1 perlawanan kerana menerima 2 kad kuning ketika Arsenal tewas 1-2 kepada United dua minggu lalu.

“Dia (Cazorla) beraksi pada kelas yang berbeza hari ini (kelmarin),” kata pemain antarabangsa England itu.

“Dia adalah seorang pemain yang hebat dan apabila kami memiliki pemain seperti ini dalam pasukan, kami pasti teruja untuk bermain bersama.”

“Sentuhan dan visinya sangat menakjubkan. Dia adalah pemain yang selalu diimpikan untuk bermain bersama. Dia tidak pernah mempersia-siakan bola dan sangat kreatif, sentiasa sibuk di tengah padang dan saya seronok bermain bersamanya.

“Sesuatu yang menarik apabila dia berada dalam pasukan. Ramai individu memberitahu bahawa mereka tidak mengenalinya sebelum ini tetapi saya akan mendengar cerita itu untuk tempoh beberapa tahun akan datang.”

“Dia merupakan seorang pemain yang hebat dan apabila kami memiliki pemain sepertinya dalam pasukan, kami pasti teruja untuk bermain bersama.”

Perbandingan antara Cazorla dan rakan sepelatihnya dalam skuad Sepanyol, Cesc Fabregas dengan Wilshere mengakui kedua-duanya memiliki gaya permainan dan kualiti yang berbeza.

“Bagi saya, dia (Cazorla) berbeza dengan Cesc – Cesc lebih banyak melakukan hantaran. Saya rasa Santi memiliki kelebihan dengan mampu merampas bola dan dia boleh menewaskan pertahanan lawan. Dia memiliki rembatan yang sangat hebat. Saya rasa dia memiliki kelas yang berbeza dan sangat dapat beraksi bersama-samanya,” kata Wilshere lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.