[PERSPEKTIF] ARSHAVIN MEMILIKI PROFESIONALISME YANG TINGGI

Arsène Wenger berkata dia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mempersoalkan kredibiliti Andrey Arshavin dan menegaskan bahawa pemain kelahiran Russia itu memiliki sikap profesionalisme yang tinggi. Pemain berusia 31 tahun itu yang hadir selaku pemain simpanan mengantikan Gervinho menjadi pengerak kepada gol kemenangan Mikel Arteta ketika menentang QPR Sabtu lalu.

Musim ini, Andrey Arshavin beraksi penuh dalam 2 perlawanan Piala Capital One ketika menentang Coventry dan Reading berjaya menjaringkan 1 gol dan menghasilkan 6 assist namun hanya beraksi 3 kali dalam Liga Perdana Inggeris dan sekali dalam Liga Juara-Juara Eropah selaku pemain gantian.

“Saya terpaksa mengatakannya kerana (sikapnya) dipersoalkan. Saya tidak boleh bertolak ansur lagi,” kata pengurus Arsenal itu kepada Arsenal Player.

“Andrey (Arshavin) hadir setiap hari dan berlatih dengan baik, dia sentiasa fokus dan mahu melakukan yang terbaik.”

“Saya terpaksa mempertahankannya apabila sikap dia dipersoalkan dan ia benar-benar tidak berasas. Dalam situasi ini, persepsi bukannya realiti.”

“Dia merupakan pemain berkelas dunia dan memiliki profesionalisme yang tinggi serta sikap yang hebat. Anda boleh lihat bagaimana dia berjaya memberi sumbangan penting (menentang QPR), di mana kebijaksanan dan kemahirannya mengawal bola sangat hebat,” kata Arsene Wenger lagi.

Andrey Arshavin merupakan pemain termahal Arsenal menyertai The Gunners pada Januari 2009 dengan yuran perpindahan dianggarkan £16.1 juta dari Zenit St. Petersburg. Bekas kapten skuad kebangsaan Russia ini memiliki 75 caps dan menjaringkan 17 gol namun gagal mendapat tempat sejak Fabio Capello mengambil alih jawatan pengurus skuad kebangsaan Russia pada Julai 2012.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply