[PERSPEKTIF] ARSENE WENGER GEMBIRA DENGAN PENCAPAIAN ARSENAL

Arsene Wenger berbangga dengan kualiti yang dipamerkan oleh pasukan bimbingannya dalam di pentas Eropah. Awal pagi Khamis lalu, Arsenal cemerlang menundukan Montpellier 2-0 menerusi jaringan Lukas Podolski dan Jack Wilshere sekaligus berjaya melayakan diri ke saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-13 berturut-turut.

Pengurus berbangsa Perancis itu nyata gembira dengan rekod pencapaiannya dan membuktikan dirinya masih relevan untuk terus mencipta kejayaan bersama The Gunners.

“Ini merupakan kepuasan yang luar biasa kerana sudah banyak kali kami bangkit setelah ketinggalan, walaupun tidak berbelanja besar,” kata Arsene Wenger.

“Untuk membuktikan kami mampu melakukan dengan pengurusan kewangan yang baik dan pemain-pemain daripada usaha pembangunan pemain remaja kami. Saya rasa ini sangat penting untuk perlawanan kami.”

“Terdapat banyak jalan untuk berjaya dan saya gembira dengan jalan yang kami tempuhi.”

“Saya rasa kami berjaya menjalankan tugas dengan baik dan kami sangat positif. Ini merupakan dua perlawanan penting dan tanpa kemenangan malam kelmarin belum tentu kami mampu melayakan diri dan kami sudah melakukannya.”

“Kami sangat gembira dan kami mahu pergi lebih jauh. Kami bakal menghadapi dua perlawanan sukar di tempat lawan, pertamanya menentang Aston Villa. Kami harus bersedia dengan baik dan berusaha untuk memenangi perlawanan ini,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply