[PERSAHABATAN] AMARAN VIETNAM BUAT HARIMAU MALAYA

Menjelang sepak mula kejohanan Piala Suzuki AFF 2012, Vietnam sekali memberi amaran buat skuad kebangsaan bahawa tugas sukar mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu itu apabila tunduk 1-0 dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium My Dinh, Hanoi semalam. Terdahulu, Malaysia turut tumpas 0-2 kepada lawan yang sama dalam aksi di Stadium Shah Alam, 11 September lalu.

Dengan berbaki 3 minggu sebelum tirai kejohanan disingkap, Malaysia kini yang berada di fasa terakhir persiapan menurunkan kesebelasan terbaik menentang Vietnam semalam namun masih banyak yang perlu diperbaiki oleh pengendali skuad kebangsaan, Dato’ K. Rajagopal. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos, sementara Vietnam pula berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Filipina dan Myanmar.

Malaysia membariskan Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gawang dengan Aidil Zafuan dan Fadhli Shas bergandingan selaku pertahanan tengah dibantu oleh Bunyamin Omar dan Azmi Muslim. Sementara itu, bahagian tengah dikemudi oleh Safiq Rahim dan Amar Rohaidan manakala Azzamudin Akil serta S. Kunalan bertindak di bahagian sayap. Norshahrul Idlan Talaha pula kembali menjadi back up kepada Safee Sali yang beraksi selaku center foward.

Malaysia bermula garang dengan mengasak gawang Vietnam apabila hantaran Safee Sali tepat menemui Azzamudin Akil yang berjaya melepaskan rembatan namun berjaya ditepis oleh penjaga gol Vietnam pada minit ke-10. Vietnam turut terlepas peluang memperolehi gol pendahuluan pada minit ke-20 selepas percubaan penyerangnya tersasar.

Seminit berselang, bermula daripada sepakan sudut Safiq Rahim giliran Safee Sali hampa apabila tandukannya sekadar mengegar palang. Safiq Rahim sekali lagi menghadirkan ancaman buat pasukan Vietnam namun sepakan percumanya pada minit ke-31 dari sebelah kiri pintu gol Vietnam berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol Vietnam.

Gerakan menarik 1-2 menerusi gandingan penyerang Vietnam pada minit ke-39 berjaya memerangkap pertahanan Malaysia namun sentuhan penyudah penyerang, Huynh Quoc Anh tidak menepati sasaran meskipun gawang Malaysia terbuka luas. Bersambung babak kedua, Vietnam terus menguji gawang Malaysia menerusi rembatan Phan Tranh Hung yang diselamatkan oleh Apek pada minit ke-51.

Malaysia membalas serangan Wan Zack Haikal yang masuk mengantikan Azzamudin Akil pada minit ke-42 apabila melaku hantaran kepada Safiq Rahim namun gagal disempurnakan. Meskipun melakukan pertukaran dengan memasukan Shakir Shaari dan Badrol Bakhtiar mengantikan Safiq Rahim dan Norshahrul Idlan Talaha namun masih buntu menghasilkan jaringan.

Vietnam akhirnya berjaya mendahului menerusi Nguyen Trong Hoang yang mudah merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan Apek pada minit ke-74. Gawang Malaysia terselamat lagi apabila Apek cemerlang menafikan percubaan penyerang Vietnam pada minit ke-85. Kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.

Gandingan Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dilihat kurang menyerlah sehingga memaksa K. Rajagobal melakukan pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Zaquan Adha. Bagaimanapun, usaha mencari gol penyamaan turut menemui jalan buntu meskipun beberapa pemain lain seperti Mahali Jasuli, S. Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor menunjukkan aksi yang memberangsangkan.

Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal masih mempunyai sedikit masa memperkemaskan corak permainan terutama sekali menjelang dua lagi perlawanan persahabatan bertemu Thailand pada Rabu ini di Chiang Mai dan Hong Kong pada 14 November di Stadium Shah Alam.

This entry was posted in Perlawanan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply