[PERPINDAHAN] WENGER MAHUKAN KHIDMAT STEWART DOWNING

Arsene Wenger dilaporkan bersedia melakukan bidaan mengejut sebanyak £10 juta untuk mendapatkan pemain sayap Liverpool, Stewart Downing pada jendela perpindahan Januari nanti. Masa depan Downing bersama The Reds semakin suram selepas tidak lagi menjadi pilhan utama semenjak kehadiran Brendan Rogers pada 1 Jun yang lalu. Arsene Wenger berminat untuk menandatangani Downing pada musim panas 2011 bagi mengisi kekosongan yang dtinggalkan oleh Samir Nasri.

Kini, pemain sayap kiri yang turut memiliki kemampuan beraksi cemerlang di posisi bek kiri. Pemain berusia 28 tahun ini menyertai The Reds pada 13 Julai 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £20 juta dari Aston Villa. Stewart Downing sudah melakukan 62 penampilan dan menjaringkan 4 gol sejak tiba di Anfield.

Namun, Arsene Wenger masih yakin dengan kemampuan teknikal dan keupayaan serta pengalaman yang luas untuk menyerlah bersama Arsenal terutama untuk memainkan peranan selaku flanker di bahagian kiri. Kehadiran Downing juga dilihat sebagai calon terbaik bagi menjadi back-up di posisi bek kiri lantaran Andre Santos gagal beraksi cemerlang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kieran Gibbs.

ULASAN : Stewart Downing mungkin antara calon selaku back-up di posisi bek kiri selain turut memiliki kemampuan beraksi di bahagian sayap kiri. Pengalaman luas di peringkat antarabangsa dengan memiliki 34 caps bersama skuad kebangsaan England menjadi aset utamanya. Namun, faktor usia Downing yang sudah mencecah 28 tahun dan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £10 juta dilihat tidak relevan dengan style Arsene Wenger yang tidak gemar berbelanja besar,

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply