[PERPINDAHAN] READING MINAT ARSHAVIN, ZAHA DALAM RADAR ARSENAL

Reading dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Andrey Arshavin selepas pemain sayap Russia itu menampilkan aksi yang cemerlang ketika menumpaskan The Royals 5-7 dalam saingan Piala Carling minggu lalu. Pemilik Reading, Anton Zingaervich yang juga merupakan jutawan kelahiran Russia berminat menandatangani pemain berusia 31 tahun itu dari Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti.

Zingaervich dilihat terdesak untuk membantu pengurus Reading, Brian McDermott untuk mengukuhkan skuadnya selepas hanya memungut 4 mata daripada 6 perlawanan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Bekas kapten Russian itu dilihat semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal sejak kehadiran Lukas Podolski dan Gervinho.

“(Andrey) Arshavin sememangnya diminati oleh Reading. Tetapi dia antara sepuluh pemain yang kami mahu membawa masuk (Januari) nanti,” kata Zingaervich kepada laman web sukan Russia, Spb.kp.ru.

Sehingga kini, Arshavin sudah melakukan 142 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 31 gol setakat ini namun Wenger dilaporkan membuka pintu keluar buat pemain penyerang versetail itu yang dibawa masuk dari Zenit St. Petersburg dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta pada 2009.

Jika hasrat itu menjadi impian, Arshavin bakal kembali bergandingan dengan rakan sepasukan dalam skuad Russia, Pavel Pogrebnyak.

Sementara itu, Arsene Wenger dilaporkan telah menyenaraikan pemain tengah kreatif QPR, Adel Taarabt, 23, sebagai pilihan kedua jika gagal mendapatkan pemain muda berbakat Crystal Palace, Wilfried Zaha.

Arsenal dilaporkan menyediakan dana sebanyak £7 juta untuk membawa masuk pemain England B-21 itu namun kelabnya mahu melepaskan jika mendapat bayaran bernilai £15 juta.

Adel Taarabt menjadi pilihan andai Arsenal gagal mendapat Zaha dari Crystal Palace pada jendela perpindahan Januari nanti. Zaha yang bakal meraikan hari  lahir ke-20 Sabtu ini turut menarik minat beberapa kelab-kelab utama EPL termasuk Spurs, Chelsea dan Manchester City.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply