[PERPINDAHAN] MAROUANE CHAMAKH MUNGKIN TINGGALKAN ARSENAL

Marouane Chamakh kembali menghidupkan harapannya bersama Arsenal apabila cemerlang menyumbang 2 gol membantu kebangkitan penuh dramatik Arsenal ketika menewas Reading dalam saingan Piala Capital One, Rabu lalu. Musim lalu, penyerang antarabangsa Maghribi ini menjadi pilihan kedua di belakang penjaring terbanyak EPL 2011/12, Robin van Persie.

Penyerang berusia 28 tahun ini menyertai Arsenal pada 21 Mei 2010 secara percuma selepas kontraknya bersama Bordeaux berakhir. Chamakh berjaya menampilkan aksi yang memberansangkan pada musim pertamanya dengan menjaringkan 11 gol dan menghasilkan 8 assist dalam 44 perlawanan. Namun, prestasi yang cemerlang yang dipamerkan oleh Robin van Persie menyaksikan penyerang kelahiran Maghribi itu semakin disisihkan.

Meskipun mendapat tawaran dari beberapa kelab sebelum ini, Marouane Chamakh tetap fokus dengan komitmennya bersama Arsenal. Penyerang berketinggian 1.88 m ini mengakui mahu diberi lebih banyak peluang beraksi bersama The Gunners untuk membuktikan kemampuannya sebagai penyerang yang digeruni.

Pemergian Robin van Persie yang menyertai Manchester United memeri sedikit harapan buat dirinya beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal. Namun kehadiran penyerang baru, Lukas Podolski dan Olivier Giroud serta Gevinho yang sering diletakkan sebagai center foward menyebabkan Chamakh mungkin akan mempertimbangkan masa depannya di Stadium Emirates.

“Selepas Robin van Persie meninggalkan (Arsenal), saya berharap dapat bermain lebih banyak, dengan persaingan sukar untuk mendapat tempat dalam kelab ini,” kata Chamakh kepada RMC baru-baru ini.

“Saya menjangkakannya. Saya mahu bergantung kepada diri saya untuk membuktikannya. Tetapi selepas 2-3 bulan jika tiada perubahan, saya harus membuat keputusan.”

“Dengan pemergian Robin, saya sangka saya akan mendapat peluang (lebih). Dan jika keadaan tidak berubah, saya akan pergi dari sini.”

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Marouane Chamakh turut dikaitkan dengan kepulangan kembali bersama bekas kelabnya, Bordeaux namun dia lebih cenderung untuk kekal beraksi dalam saingan di England jika membuat keputusan untuk meninggalkan Arsenal.

“Bordeaux? Mungkin itu sebahagian daripada penyelesaiannya jika sauya memutuskan untuk pergi. Tetapi keutamaan saya untuk kekal di Liga Perdana Inggeris,” kata penyerang berusia 28 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply