[PERPINDAHAN] MAROUANE FELLAINI, EDINSON CAVANI DIKAITKAN DENGAN ARSENAL

Pemain tengah Everton, Marouane Fellaini kini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada jendela perpindahan Januari nanti. Kepincangan ketara di bahagian tengah Arsenal ekoran pemergian Alex Song ke Barcelona manakala Abou Diaby kembali dihimpit kecederaan selepas beraksi cemerlang awal musim ini. Situasi ini pastinya meresahkan Arsene Wenger yang dilihat mula melakukan penyelesaian drastik bagi memastikan Arsenal terus kekal bersaing.

Pemain antarabangsa Belgium ini menampilkan aksi cemerlang musim ini dengan menjaringkan 6 gol daripada 11 perlawanan. Fellaini dilihat antara calon terbaik mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song dengan kemampuan bertahan dengan baik selain miliki keupayaan membantu bahagian serangan. Pemain yang memiliki ketinggian 1.94m memiliki faktor fizikal dan corak pemainan yang sesuai dengan The Gunners.

Dalam masa yang sama, pengurus Everton David Moyes mengakui sukar untuk mempertahankan pemain tengahnya itu yang dibawa dari Standard Liège pada 2008 dengan bayaran perpindahan bernilai £15 juta. Moyes mengakui Fellaini semakin menuju pintu keluar Goodison Park bagi mencerahkan peluangnya meraih kejuaraan.

Sementara itu, Arsene Wenger dilaporkan turut mengintai kelibat penyerang prolifik Napoli, Edinson Cavani bagi mengukuh jentera serangan The Gunners selepas pemergian Robin van Persie ke Manchester United. Namun, pengurus Arsenal itu perlu menyediakan dana sebesar £30 juta untuk mendapatkan khidmat penyerang Uruguay berusia 25 tahun itu.

Edinson Cavani menampilkan aksi cemerlang dengan menjaringkan 14 gol daripada 14 perlawanan bersama Napoli musim ini termasuk empat gol ketika menewaskan kelab Ukraine, Dnipro Dnipropetrovsk 4-2 pada aksi Liga Europa minggu lalu. Cavani menyertai Napoli dari kelab Argentina, Palermo pada Julai 2010 dengan yuran perpindahan bernilai €17 juta.

Namun, hasrat Arsenal mungkin sedikit terjejas apabila Cavani menegaskan dia mahu kekal di Itali dengan menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun dengan. Cavani turut meletakkan sasaran untuk memadamkan rekod bekas penyerang Argentina, Diego Maradona yang meledak 115 gol ketika bersama kelab Itali itu. Untuk rekod, Cavani telah menjaringkan 79 gol dalam 108 perlawanan bersama Napoli setakat ini.

Pegawai pencari bakat Arsenal telah berkunjung ke Itali bagi menyaksikan persembahan penyerang berusia 25 tahun itu secara lebih dekat minggu lalu. Selain Arsenal, Manchester City dan Chelsea juga dilaporkan bersaing untuk mendapatkan sentuhan Cavani.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.