[PERPINDAHAN] EMMANUEL FRIMPONG KOMITED BERSAMA ARSENAL

Pemain muda Arsenal, Emmanuel Frimpong menegaskan komitmennya bersama Arsenal meskipun dikaitkan dengan khabar angin bahawa dirinya akan dijual pada jendela perpindahan Januari nanti. Pemain berusia 20 tahun itu dilihat sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama The Gunners lantaran Arsenal Wenger kini memiliki ramai pemain-pemain tengah yang berkaliber.

Musim lalu, Frimpong dipinjamkan ke Wolverhampton Wanderers sebelum mengalami kecederaan lutut yang serius menyaksikan dirinya terpaksa berehat hampir 7 bulan dan kembali beraksi pada dalam kesebelasan utama ketika menentang Reading pada 30 Oktober lalu dalam saingan Piala Capital One.

Frimpong yang merupakan rakan sepelatih Jack Wilshere sejak menyertai akademi bola sepak Arsenal sejak berusia 9 tahun menegaskan kesetiaanya untuk terus bersama Arsenal menerusi akaun Twitter peribadinya.

“Berbeza sekali dengan khabar angin di mana saya akan meninggalkan AFC. Saya yakin akan dipinjamkan (ke kelab lain) pada januari ini dan bersedia menerimannya. (Tapi) saya sangat komited dengan AFC,” kata Frimpong menerusi akaun Twitternya.

“Untuk menjernihkan khabar angin, saya tidak berada di tahun terakhir atau akan dijual. Terima kasih. (Saya akan) dipinjamkan untuk menambah pengalaman dan kembali ke Arsenal.”

Terdahulu, Arsenal dilaporkan bersedia mendengar bidaan untuk pemain tengah berusia 20 tahun itu lantaran tidak gembira dengan proses pembangunan Frimpong. Kini, dengan kontraknya yang akan berakhir pada penguhujung musim ini, masa depan pemain kelahiran Ghana itu menimbulkan pelbagai persoalan spekulasi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply