[PERPINDAHAN] ARSENAL INTAI KELIBAT KOREAN MULLER

Arsenal kini memerhatikan situasi penyerang Korea Selatan, Son Heung-Min yang beraksi bersama kelab Bundesliga Jerman, Hamburg SV. Pemain muda berusia 20 tahun merupakan seorang goal poacher di mana memiliki kemahiran yang bagus menyaksikan dirinya digelar sebagai ‘Korean Muller’ oleh rakan-rakan sepasukannya yang menyamakan Heung-Min dengan penyerang lagenda Jerman, Gerd Muller.

Prospek muda berbakat besar ini menyertai akademi bola sepak Hamburg SV pada 2008 ketika berusia 16 tahun. Penyerang kelahiran Chuncheon, Korea Selatan ini berjaya meledak 18 gol daripada 9 perlawanan semasa jelajah pra-musim 2011/12. Namun, Heung-Min sering dilanda masalah kecederaan menyaksikan proses pembangunannya sedikit terganggu.

Son Heung-Min menandatangani kontrak professional bersama Hamburg SV semasa meraikan ulang tahun kelahiranya ke-18. Penyerang muda Korea Selatan ini turut meleburkan rekod 39 tahun selaku penjaring gol termuda Hamburg SV dalam Bundesliga milik Manfred Kaltz. Pengurus Hamburg SV, Thorsten Frink memberikan peluang kepadanya membuktikan kemampuan musim lalu dengan menjaringkan 6 gol dalam 12 perlawanan.

Frank Arnesen, pengarah bola sepak Hamburg SV percaya bahawa penyerang muda Korea Selatan ini bakal menjadi antara penyerang yang bakal menyinar dalam masa beberapa tahun akan datang dan cuba memujuk Heung-Min untuk menandatangani kontrak lanjutan yang bakal berakhir pada 2014. Namun, Arnesen berdepan tugas sukar apabila Arsenal dan Liverpool bersedia untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini.

“Dia merupakan seorang goal poacher yang sejati. Peluang, boom, dan gol,” kata Frank Arnesen.

“Dia (Heung-Min) merupakan bintang masa depan kami. Sangat sukar untuk melepaskan pemain berbakat besar seperti Son. Kita tidak mahu untuk melepaskan pemain yang menjadikan kami lebih baik walau apa keadaan sekalipun.”

Sementara itu, Son Heung-Min nyata gembira selepas berjaya mendapat tempat dalam skuad utama Hamburg SV namun bersedia untuk mempertimbang masa depan jika mendapat peluang yang lebih baik.

“(Saya rasa) sangat, sangat selesa (di Hamburg). Di bandar yang sangat luar biasa dan penyokong yang mengujakan. Saya masih memiliki kontrak sehingga 2014 dan saya perlu berbincang dengan bapa dan ejen saya,” kata Heung-Min ketika ditanya mengenai masa depannya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply