[LIGA MALAYSIA] RHYS WESTON BAKAL BERSAMA SANG BADAK

Sabah dikhabarkan bakal mendapatkan pemain remaja Arsenal, Rhys Weston bagi memantapkan skuad menghadapi saingan Liga Malaysia 2013. Kehadiran bekas pertahanan tengah Cardiff City dan Dundee United itu dilihat bakal merancakkan lagi saingan liga bola sepak Malaysia dengan penyertaan aksi pemain-pemain berprofil tinggi. Terdahulu, Johor FA berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza sementara Kelantan dikaitkan dengan penyerang antarabangsa Croatia, Eduardo da Silva.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu telah menjalani percubaan bersama skuad Badak di Kota Kinabalu bulan lalu dijangka akan menandatangani kontrak selama setahun dalam masa beberapa hari lagi. Sabah juga sudah memperbaharui kontrak dua pemain importnya musim lalu, Brendan Gan dari Australia dan Hendrik Helmke dari Jerman untuk tempoh setahun lagi.

Bagi menghadapi saingan musim hadapan, Sabah turut mendapatkan khidmat jurulatih baru, Brit David McCreery selepas gagal mempamerkan persembahan yang baik dengan berada di zon penyingkiran. Kehadiran Wetson dilihat bakal memberi kekuatan baru buat skuad Sang Badak musim hadapan.

Rhys David Weston memulakan karier awal bersama akademi bola sepak Arsenal dan mendapat debut bersama skuad utama The Gunners pada 30 November 1999 menentang Middlesbrough dalam saingan Piala Liga bersama-sama rakan sepelatihnya, Ashley Cole. Wetson turut memulakan debut dalam Liga Perdana Inggeris ketika menentang Newcastle United pada 14 Mei 2000.

Pengerusi Cardiff City, Sam Hammam melihat potensi yang dimiliki oleh Wetson dan membawanya ke kelab yang berpangkalan di ibu kota Wales itu dengan bayaran perpindahan bernilai £300,000 pada November 2000. Sepanjang bersama Cardiff City, pemain kelahiran Kingston upon Thames, London ini beraksi sebanyak 182 penampilan dan menjaringkan dua gol serta menjulang kejuaraan Liga Divisyen 2 (2003) dan Piala Perdana FAW (2001-02).

Rhys Wetson pernah berkelana ke beberapa kelab antaranya Viking (2006), Port Vale (2007), Walsall (2007-2010), Dundee United (2010-2012) dan KR Reykjavik (2012). Namun, kontrak 2 tahunnya bersama kelab KR Reykjavik dibatalkan pada Ogos 2012 kerana kelab Iceland itu mengalami masalah kewangan. Di peringkat antarabangsa, Wetson beraksi bersama skuad kebangsaan Wales dengan memiliki 7 caps antarabangsa.

Incoming search terms:

  • liga malaysia 2013
  • rhys david weston
  • skuad sabah 2013
  • daniel guiza
  • daniel guiza johor
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply