[LIGA MALAYSIA] MAT YO SAH BERSAMA HARIMAU SELATAN MUSIM DEPAN

Kontroversi mengenai perpindahan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya berakhir apada selesai menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagi musim 2013. Setelah berminggu-minggu isu kontrak Norshahrul dengan pasukan Kelantan berlarutan, akhirnya kemelut itu selesai apabila FAM memaklumkan bahawa dia bebas dari sebarang kontrak mulai hari ini (semalam).

Perkara terbabit diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan di Wisma FAM, pagi kelmarin. Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dipanggil ‘Mat Yo’ merupakan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tiga musim berturut-turut itu kini sah milik pasukan Harimau Selatan selepas menandatangani kontrak dua tahun dan setahun lanjutan (2+1) semalam.

“Mat Yo akan jadi milik Johor,” kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim.

“Tiada lagi masalah timbul berhubung status pemain itu dan saya sendiri ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tandatangan pemain itu yang mengesahkan penyertaan bersama skuad Harimau Selatan musim depan dan ia terpaksa memakan masa kerana pembabitan pemain itu bersama skuad Harimau Malaya.”

“Apapun saya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang beri laluan kepada Mat Yo untuk meneruskan karier bola sepak bersama Johor dan saya juga yakin dengan kehadiran beliau bersama skuad Harimau Selatan sudah pasti menguatkan lagi pasukan itu menghadapi kancah Liga Super, musim depan.”

“Dengan termeterainya perjanjian bersama Mat Yo dan PBNJ, saya berharap beliau akan beri sepenuh tumpuan kepada saingan Piala Suzuki AFF 2012 yang sedang rancak berlangsung sekali gus mampu membawa skuad Harimau Malaya kembali menemui sentuhan kemenangan,” kata Suhairi ketika dihubungi, semalam.”

Terdahulu, skuad Johor FA sudah mengikat kontrak kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dan pemain kembar Aidil Zafuan Abd Razak dan Zaquan Adha Abd Razak termasuk Azmi Muslim, Nurul Azwan Roya dan Muslim Ahmad selain beberapa pemain lain yang bakal menguatkan skuad Harimau Selatan.

Berita gembira itu turut disambut baik pengurus merangkap jurulatih Johor FA, Fandi Ahmad yang kini sedang giat membuat persiapan Harimau Selatan.

Pastinya apa yang diidamkan legenda bola sepak Singapura itu untuk menggandingkan bekas pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza bergandingan bersama Mat Yo di jentera serangan kini menjadi kenyataan.

“Cukup melegakan dan saya berterima kasih kepada KAFA yang bersikap profesional apabila tidak membawa isu perpindahan Mat Yo menjadi lebih rumit, malah kita dapat selesaikan segala kemelut itu dengan semangat kesukanan,” kata Fandi Ahmad.

“Apa yang boleh saya lakukan sekarang merancang dulu program khas untuk Guiza dan Mat Yo dan apabila kedua-dua pemain itu digandingkan nanti sudah pasti tidak timbul rasa kekok walaupun saya hanya ada tempoh kurang dua minggu membuat persiapan terakhir menjelang saingan musim depan,” kata jurulatih Harimau Selatan itu lagi.

Incoming search terms:

  • harimau selatan
  • harimau selatan 2013
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply